CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Bank Islam intai peluang ke Indonesia, Bangladesh

[Copy link]
Post time 8-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANK Islam Malaysia Bhd sedang meninjau peluang mengembangkan perniagaannya ke Indonesia dan Bangladesh kerana kedua-dua negara itu mempunyai penduduk Islam yang ramai, dasar peraturan perbankan yang mencukupi dan infrastruktur yang memudahkan operasi pembiayaan dan perbankan berlandaskan Syariah.\rPengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat, berkata memandangkan penggabungan dan pengambilalihan berada dalam agenda Bank Islam untuk pertumbuhannya, bank itu sentiasa meninjau mendapatkan calon yang sesuai tetapi belum lagi memulakan sebarang perbincangan.\r\n\n\n\n\r  Walaupun kedua-dua negara itu dikenal pasti sebagai negara paling menarik sesuai dengan rancangan peluasan bank Islam itu, Zukri, bagaimanapun, berkata rancangan seumpama itu perlu mengambil kira situasi ekonomi global semasa dan kesannya di rantau ini.\r\r\n\n\n\n\n  Beberapa pakar ekonomi percaya  mungkin boleh berlaku kejatuhan berganda dengan Eropah tergelincir kepada kemelesetan dan pertumbuhan di rantau Asia akan perlahan.\rKami sentiasa memantau situasi ini, justeru kami menggunakan pendekatan berhati-hati ke arah menjayakan agenda kami.\rBagaimanapun, mesti ada peluang dalam mana-mana krisis. Pengambilalihan mungkin berlaku jika pemegang saham mahu keluar dan selagi terdapatnya sinergi dan harga pula sesuai, peluang sentiasa ada, katanya.\rZukri berkata kedua-dua negara mempunyai ekonomi  kukuh yang menawarkan peluang untuk perbankan Islam, dan kehadiran ramai pekerja Indonesia dan Bangladesh di negara ini ini turut membolehkan Bank Islam menceburi perniagaan pengiriman wang yang lumayan.\r\n\n\n\rMengenai pasaran Indonesia, Zukri berkata Bank Pusat Indonesia belum lagi membuat pengumuman mengenai pemilikan asing dalam institusi kewangan negara itu.\rPada masa ini, syarat membenarkan orang asing memiliki lebih daripada 90 peratus.   Bagaimanapun, ini mungkin berubah.\rIndonesia mempunyai penduduk melebihi 240 juta, majoritinya Islam. Bagaimanapun, penembusan aset perbankan Islam hanya tiga peratus daripada jumlah aset perbankan. Kami lihat ada peluang di sini, katanya dalam  temubual baru-baru ini.\rBangladesh, selain  penduduk Islamnya seramai 140 juta, juga  menyediakan infrastruktur perbankan Islam bagi Bank Islam memulakan operasi jika berlaku penggabungan atau pengambilalihan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.146414 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list