View: 211|Reply: 0
|
Dagangan berhati-hati kesan amaran S&P
[Copy link]
|
|
PASARAN saham Asia jatuh dalam dagangan berhati-hati semalam apabila Standard & Poor (S&P) memberi amaran kemungkinan menurunkan penarafan zon euro, sekali gus meredakan keceriaan pelabur susulan laporan bahawa Perancis dan Jerman sudah menggariskan rancangan menyelamatkan zon mata wang tunggal berkenaan.\rKeputusan S&P dibuat ketika pemimpin Eropah bersedia untuk sidang kemuncak dua hari itu yang dianggap penting untuk masa depan zon euro, yang mengalami krisis hutang hingga menyebabkan pasaran global berada dalam kegawatan.\r\n\n\n\n\r Pedagang Kanan Institusi BBY, Peter Copeland, berkata pasaran mengharapkan kepimpinan politik yang positif untuk menangani krisis.\r\r\n\n\n\n\n “Bagaimanapun, langkah S&P itu adalah peringatan bahawa semuanya belum berakhir,” katanya.\rTokyo merosot 1.39 peratus atau 120.82 mata kepada 8,575.16 dan Seoul kehilangan 1.04 peratus atau 20.08 mata untuk berakhir pada 1,902.82.\rSydney menutup 1.48 peratus atau 64.1 mata lebih rendah pada 4,257.2, Hong Kong jatuh 1.24 peratus atau 237.46 mata kepada 18,942.23 dan Shanghai kehilangan 0.31 peratus atau 7.32 mata kepada 2,325.91.\rKelmarin, S&P berkata, ia sudah meletakkan penarafan 15 daripada 17 negara zon euro termasuk Jerman dan Perancis kepada pandangan negatif.\r\n\n\n\r“Sidang kemuncak itu adalah peluang untuk pembuat dasar menentukan corak dan mengambil langkah boleh dipercayai untuk menangani krisis bagi memulihkan keyakinan pelabur.\r“Jika tindakan pembuat dasar tidak dilihat pelabur sebagai mantap, kami percaya keyakinan pasaran akan kembali terus menurun sehingga memaksa penurunan taraf,” katanya.\rKajian semula taraf itu dijangka siap secepat mungkin selepas sidang kemuncak Brussels pada Khamis dan Jumaat.\rPengumuman mengejutkan S&P datang hanya beberapa jam selepas Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menghentam peraturan baru yang ketat untuk disiplin fiskal dalam Eropah, yang diharapkan dapat menamatkan krisis rantau berkenaan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|