CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Bisnes Dunia: Unjuran KDNK ASEAN, Asia Timur berkurangan

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Masalah kewangan zon euro heret krisis ekonomi global\rBANK Pembangunan Asia mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia Timur baru muncul termasuk China bagi 2012 berikutan masalah kewangan zon euro yang berpotensi mengheret ekonomi global kembali ke dalam krisis.\r\n\n\n\n\r  Bank berpangkalan di Manila mengurangkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 7.2 peratus berbanding 7.5 peratus pada September untuk 10 negara ASEAN termasuk China, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam kes terburuk jika berlaku kesan krisis Amerika Syarikat dan Eropah, pertumbuhan negara Asia Timur termasuk Jepun berkemungkinan berkurangan  1.2 peratus kepada 4.2 peratus berbanding unjuran sebelum ini iaitu 5.4 peratus.\r“Senario terburuk bagi AS dan zon euro adalah kembali kepada kemelesetan yang mana menekan ekonomi global ke dalam krisis,” demikian menurut ADB dalam data terbaru mengenai ekonomi baru muncul Asia Timur.\rDengan krisis menular keluar dari Eropah, bank itu berkata, unjuran berhati-hati untuk negara ekonomi baru muncul di rantau Asia Timur tidak termasuk Jepun yang kini turut berada dalam keadaan mudah berjangkit berbanding unjuran yang dilakukannya pada September lalu.\r“Unjuran optimistik tetapi berhati-hati bagi ekonomi baru muncul pada masa ini adalah berdasarkan kepada wujudnya risiko penurunan ketara berbanding beberapa bulan lalu.\r\n\n\n\r“Pemulihan ekonomi global akan terjejas jika zon euro dan AS kembali kepada kemelesetan sekali gus menyebabkan satu lagi krisis ekonomi global,” kata bank itu.\rBank itu menambah risiko penurunan ketara termasuk kemelesetan terburuk di Eropah dan AS mewujudkan perlindungan ketara dan inflasi berterusan.\rJika masalah zon euro bertukar menjadi krisis besar-besaran kepada ekonomi global, kesan kepada Asia Timur akan lebih serius tetapi masih dalam kawalan sekiranya kerajaan bertindak tegas dan secara kolektif.\r“Ekonomi baru muncul Asia Timur perlu bersedia untuk menghadapi krisis berpanjangan dan pemulihan selepas krisis dengan melaksanakan maklum balas makro ekonomi jangka pendek yang sesuai, selain meneruskan pembaharuan struktur jangka panjang,” kata laporan itu.\rPerbelanjaan kerajaan boleh membantu mengekalkan momentum pertumbuhan sementara bank pusat pula perlu cekap menguruskan kewangan bagi memastikan kadar inflasi terkawal.\r“Dengan krisis hutang zon euro berterusan dan risiko pemulihan global lemah semakin meningkat, dasar makroekonomi mesti kekal berhati-hati,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 1.282446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list