CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Firma Amerika labur RM200j

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GlycosBio bangunkan kemudahan pengeluaran biokimia di Nusajaya\rGLYCOS Biotechnologies Inc (GlycosBio), sebuah syarikat bioteknologi  berpangkalan di Houston, Amerika Syarikat, merancang melabur kira-kira RM200 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini bagi membangunkan kemudahan pengeluaran biokimia terbesarnya di Taman Bioteknologi Bio-Xcell Nusajaya, Johor.\r\n\n\n\n\r  Kemudahan yang bakal mengeluarkan produk bahan kimia berasaskan bio seperti etanol dan isoprena untuk kegunaan industri getah sintetik itu bakal dibangunkan dalam tiga fasa dengan pelaburan permulaan kira-kira RM78 juta.\r\r\n\n\n\n\n  Presidennya, Walter S Burnap, berkata fasa pertama kemudahan itu akan mempunyai kapasiti pengeluaran 10,000 tan setahun apabila siap menjelang Julai 2013 dan ia akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga 90,000 tan setahun pada fasa ketiga nanti.\rKatanya, kemudahan itu akan dibangunkan menepati piawaian antarabangsa bagi menghasilkan produk bermutu tinggi.\r“Kemudahan ini bakal memberikan manfaat kepada GlycosBio dan negara ini kerana apabila ia beroperasi sepenuhnya, kami akan menghasilkan isoprena daripada bahan buangan daripada sektor perladangan.\r“Bahkan kemudahan pengeluaran GlycosBio ini juga bakal menawarkan lebih 100 pekerja peluang pekerjaan khususnya tenaga mahir industri biokimia yang mana antara 50 hingga 75 tenaga mahir diperlukan sebaik saja ia beroperasi kelak,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama dengan Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\rTurut berlangsung majlis memeterai perjanjian penyerahan projek kepada TOYO Engineering & Construction Sdn Bhd oleh GlycosBio bagi memajukan kemudahan penghasilan bahan biokimia industri itu.\rWalter memeterai perjanjian itu bagi pihak GlycosBio: Malaysian Bio-Xcell diwakili Ketua Eksekutifnya, Rizatuddin Ramli; manakala TOYO Engineering & Construction oleh Pengarah Urusannya, Toji Kawakami.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077031 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list