CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Ketegangan Iran, Barat lonjak harga minyak

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HARGA minyak meningkat menghampiri AS$102 setong di pasaran Asia semalam berikutan ketegangan yang semakin meningkat antara Iran dan kuasa Barat serta tanda ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin pulih.\rPenanda aras minyak mentah untuk penghantaran Januari meningkat 64 cents kepada AS$101.60 setong pada lewat petang dalam dagangan elektronik di New York Mercantile Exchange di Singapura. Pada Jumaat lalu, kontrak naik 76 sen untuk berada AS$100.96.\r\n\n\n\n\r  Di London, minyak mentah Brent naik 45 sen kepada  AS$110.39 di bursa hadapan ICE.\r\r\n\n\n\n\n  Ketegangan kian  meningkat  beberapa minggu berhubung program nuklear Iran.\rNegara pengeksport minyak ketiga terbesar di dunia itu membekalkan 2.2 juta tong minyak mentah setiap hari dengan sekatan yang semakin meningkat atau konflik bersenjata boleh mengancam eksport meninggalkan Teluk Parsi.\rJumaat lalu, Senat AS mengundi untuk mengenakan sekatan baru kepada bank pusat Iran, menghalang institusi kewangan asing  menjalankan perniagaan dengan bank berkenaan daripada membuka operasi di AS.\rAhad lalu, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan bahawa angkatan tentera negara itu menembak jatuh pesawat pengintip tanpa pemandu AS yang menceroboh ruang udara Iran. AS bagaimanapun belum mengesahkan laporan itu.\r\n\n\n\r“Keadaan di Iran tak mungkin bertambah baik dalam masa terdekat. Tindakan balas Iran  dibimbangi memberi kesan ke atas aliran perdagangan minyak melalui Selat Hormuz,” kata Barclays Capital dalam satu laporan.\rMinyak mentah meningkat daripada AS$75 dalam tempoh dua bulan  berikutan tanda ekonomi AS   dapat mengatasi kemelesetan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.046767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list