CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

SAAB Technologies buka pejabat di KL

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Firma Sweden cari rakan kongsi tempatan bangunkan produk pertahanan, keselamatan\rSAAB Technologies International, pengeluar sistem pertahanan terkemuka dunia dari Sweden, merancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai pangkalan strategiknya di Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r  Naib Presidennya, Thomas Linden, berkata Malaysia dipilih berikutan perkembangan memberangsangkan industri pertahanan di negara ini, selain kestabilan geo-politik dan pelbagai insentif ditawarkan kerajaan untuk pelabur asing.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, rancangan itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan dengan pembukaan pejabat serantaunya di ibu negara.\r“Kami mempunyai sejarah cukup panjang di Malaysia dengan lebih 20 tahun membekalkan pelbagai sistem pertahanan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).\r“Justeru, sudah tiba masa kami beroperasi di Malaysia sejajar dengan perkembangan pesat industri pertahanan di sini dan negara serantau,”  katanya kepada Berita Harian, di ibu negara baru-baru ini.\rDikenali sebagai pengeluar radar dan sistem amaran awal udara (AEW & C), Linden berkata, SAAB Technologies sedang mencari rakan kongsi tempatan yang berminat bekerjasama membangunkan pelbagai produk pertahanan dan keselamatan di Malaysia yang berpotensi untuk dieksport ke pasaran antarabangsa, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.\r\n\n\n\r“Malaysia kaya dengan pelbagai sumber, termasuk tenaga kerja mahir di kalangan anak tempatan yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pemindahan teknologi dan kepakaran kami dalam pengeluaran produk pertahanan dan keselamatan. Ini sekali gus boleh membangunkan industri pertahanan di Malaysia yang sedang giat dilaksanakan ketika ini.\r“Usaha ini juga juga menepati keperluan Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang akan dibangunkan di Sungkai, Perak. Malah SAAB Technologies International turut berminat bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia projek itu, yang pertama seumpamanya dibangunkan di Asean,” katanya.\rMengenai penyertaan syarikat itu dalam Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA2011), beliau berkata, tumpuan lebih kepada usaha memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat itu, Erieye AWE & C, yang berupaya memantau dan mengesan kewujudan pelbagai ancaman keselamatan di laut mahupun udara.\r“Mula dibangunkan pada 1997, ERIEYE AWE & C antara sistem amaran awal udara pernah dibangunkan setakat ini, malah digunakan secara meluas di Sweden, Brazil, Mexico dan Pakistan. Manakala, Thailand satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi itu, dengan jarak pemantauannya boleh men-cecah 450 kilometer.\r“Sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maritim, adalah menjadi keperluan untuk negara ini memiliki sistem itu, lebih-lebih lagi dengan kewujudan pelbagai ancaman baru sejak kebelakangan ini, malah pemilikan teknologi canggih itu akan memberi kelebihan kepada Malaysia dari segi pertahanan dan keselamatan,” katanya.\rTanpa mendedahkan harga sebenar peralatan itu, Linden berkata, ERIEYE AWE & C boleh diintergrasikan dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) termaju dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU 30-MKM yang ketika ini berperanan sebagai pesawat pemintas. \r“Kehadiran ERIEYE AWE & C dijangka mampu menarik perhatian sepanjang LIMA2011 berlangsung, malah pihaknya berharap beberapa perjanjian berhubung pembelian peralatan itu, termasuk dengan Kerajaan Malaysia dapat dimuktamadkan dalam pameran berkenaan.\r“Sebenarnya, fungsi ERIEYE AWE & C tidak cuma terhad untuk kegunaan pertahanan, malah boleh digunakan pelbagai fungsi pada kos yang cukup berkesan, termasuk bagi tujuan pemantauan pencerobohan sempadan, pembalakan haram dan pembakaran terbuka, antara isu yang sering dihadapi di negara ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.061690 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list