CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Toshiba Corp labur RM268 juta

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TTDA jadi hab pembekal produk tenaga bagi pasaran Asia Tenggara\rSYARIKAT elektronik Jepun, Toshiba Corp akan melabur RM268 juta dalam anak syarikat barunya, Toshiba Transmission & Distribution Systems Asia Sdn Bhd (TTDA) bagi mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai hab serantaunya bagi pembekalan perkakasan transmisi dan pengedaran produk berkaitan tenaga.\r\n\n\n\n\r  Pengerusi TTDA, Hiroyuki Mogi, berkata pihaknya melihat pasaran Asia Tenggara amat penting bagi pengembangan perniagaannya pada masa depan sejajar dengan permintaan yang memberangsangkan terhadap sektor tenaga.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, Toshiba Corporation memilih Malaysia sebagai hab untuk rantau ini kerana kedudukannya yang strategik dan  persekitarannya yang mesra perniagaan.\r“Kami akan menjadikan TTDA sebagai hab pembekalan serantau kami yang bertanggungjawab bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengilangan bagi produk transmisi dan pengedaran voltan sederhana,” katanya pada sidang media selepas pelancaran syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.\rPelancarannya disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria bagi pihak Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama Duta Jepun Ke Malaysia, Shigeru Nakamura.\rMogi berkata, TTDA juga akan menumpukan kepada usaha mengembangkan perniagaan dalam bidang jana kuasa solar dan grid pintar yang dilihat mempunyai prospek yang cerah.\r\n\n\n\rTTDA ditubuhkan Jun lalu susulan pengambilalihan pengeluar perkakasan transmisi dan pengedaran yang berpangkalan di Petaling Jaya, TopRank Corporation oleh Toshiba Corporation.\rSementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  berkata Jepun adalah sumber penting bagi FDI Malaysia.\rBeliau berkata, tahun lalu jumlah pelaburan Jepun di Malaysia yang diluluskan ialah RM4.02 bilion dan pihaknya sentiasa meningkatkan usaha menarik lebih banyak pelaburan dari negara matahari terbit itu. \r“Jepun adalah pelabur penting bagi Malaysia terutama dalam sektor pengilangan. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak RM2.46 bilion pelaburan dari Jepun diluluskan,” katanya.\rMustapa berkata, minat pelabur Jepun untuk meningkatkan pelaburan di negara ini kekal kukuh dan ketika ini terdapat beberapa syarikat Jepun masih di peringkat perbincangan untuk melabur dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan automotif di Malaysia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049967 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list