CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Bisnes Dunia: RIM lupus inventori tablet PlayBook

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Harga produk lebih murah sejak dilancar Mac\rRESEARCH In Motion Ltd (RIM), pengeluar telefon BlackBerry, sudah melupuskan kebanyakan inventori produk tabletnya, PlayBook sejak ia menjual produk berkenaan pada harga diskaun yang sangat rendah. \r\n\n\n\n \r   Syarikat berpangkalan di Kanada itu berkata, ia mengambil nilai inventori sebelum cukai sebanyak AS$435 juta (RM1,38 bilion) pada suku yang baru berakhir dengan mengambil kira penyusutan nilai tablet berkenaan. Harga asal model berkenaan adalah AS$500 (RM1,584) seunit dan kini berharga AS$200 (RM634).\r\r\n\n\n\n\n   Setahun lalu, Ketua Eksekutif Bersamanya, Jim Balsillie, berkata permintaan terhadap PlayBook amat memberangsangkan. \rPada Mac, Balsillie berkata: “Pelancaran PlayBook mungkin menjadi pembangunan yang sangat ketara kepada RIM sejak pelancaran BlackBerry pertama pada 1999.”\rTetapi apabila tablet itu dijual April lalu, terdapat komen mengatakan peranti itu tidak lengkap dan kekurangan perisian email. RIM kini menjanjikan perisian yang dikemaskini pada Februari.\rRIM berkata, ia menghantar 150,000 PlayBooks kepada pengedar dan kedai pada suku ketiga tahun fiskal yang berakhir 26 November lalu. \r\n\n\n\n\rJumlah yang dibeli pengguna adalah lebih tinggi, mencerminkan jualan tablet sebelum ini. Syarikat itu menghantar 500,000 pada suku pertama dan 200,000 pada suku kedua. \rRIM juga berkata, ia sudah menjual 14.1 juta BlackBerry pada suku ketiga, yang jauh lebih tinggi daripada unjuran para penganalisa. \rSyarikat itu menjangkakan jualan akan jatuh sedikit pada suku semasa sejajar dengan unjuran penganalisa.\rSyarikat menyediakan angka awal keuntungan dan pendapatan bagi suku ketiga yang lebih rendah daripada diunjurkan, tetapi ia tidak mengejutkan penganalisa.\rRIM berkata ia menjangkakan pendapatan pada tahap AS$1.20 kepada AS$1.40 sesaham yang diunjurkan sebelum ini. \rPungutan pendapat penganalisis yang dilakukan FactSet, mengunjurkan secara purata iaitu pada AS$1.18 sesaham.  \rSyarikat itu mengunjurkan pendapatannya berada pada paras AS$5.3 bilion berbanding AS$5.6 bilion yang diunjurkan sebelum ini. Penganalisa mengunjurkan secara purata AS$5.27 bilion.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.050839 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list