CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

Dassault Systemes pilih Malaysia jadi pusat serantau

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Firma terkemuka Perancis jalin kejasama dengan syarikat tempatan Feiran Technology\rDASSAULT Systemes SA, peneraju global bagi perisian Produk Pengurusan Kitaran Hidup (PLM) dan 3D dari Perancis akan menjadikan negara ini pusat pengembangan perniagaannya di peringkat Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r   Firma berpangkalan di Velizy-Villacoublay, Perancis itu mempunyai kepakaran selama 30 tahun dalam menghasilkan perisian 3D bagi kegunaan industri, khususnya dalam bidang berdaya maju tinggi seperti kejuruteraan, aeroangkasa, automotif, sains hayat, perkapalan, perkhidmatan dan pembinaan.\r\r\n\n\n\n\n   Anak syarikat konglomerat terkemuka Perancis, Dassault Group itu disenaraikan di pasaran saham Euronext Paris.\rPengurus Besar Asia Pasifik Selatannya, Samson Khaou, berkata pemilihan Malaysia sebagai pusat serantau syarikat di Asia Tenggara adalah berikutan kedudukan kukuh perniagaannya di negara ini menerusi pembabitan dengan projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).\r\"Kita memang berhasrat berkembang kukuh di Asia Tenggara dan Malaysia adalah pelantar terbaik bagi tujuan itu,\" katanya ketika ditemui Berita Harian di Shah Alam, baru-baru ini.\rKhaou bagaimanapun tidak memberikan tempoh rancangan itu akan dimuktamadkan namun membayangkan untuk meneroka peluang di negara serantau menerusi operasinya yang ada di negara ini.\r\n\n\n\n\rApril lalu, Dassault Systemes memeterai kerjasama strategik bersama Strand Aerospace Malaysia Sdn Bhd (SAM) di bawah EPP perkhidmatan perniagaan.\rKerjasama itu adalah bagi membangunkan penyelesaian teknologi berasaskan perisian yang dijasilkan oleh Dassault Systemes serta pengalaman luas SAM dalam teknologi persijilan struktur kapal terbang.\rDassault Systemes memilih syarikat tempatan, Feiran Technology Sdn Bhd sebagai rakan teknologinya di negara ini.\rMinggu lalu, Dassault Systemes memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama agensi Jabatan Perdana Menteri, MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing (MMAM) bagi meneroka aplikasi latihan maya bagi pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan.\rMengulas lanjut kerjasama bersama MMAM, Khaou berkata Dassault Systemes yakin pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi mapan dapat dihasilkan menerusi bantuan teknologi syarikat itu.\r\"Syarikat berbesar hati dapat menyokong membangunkan kelebihan untuk Malaysia di tengah-tengah persaingan sengit industri kejuruteraan global untuk masa kini dan akan datang,\" katanya.\rDi bawah kerjasama itu, Dassault Systemes akan membangunkan aplikasi latihan maya, yang turut dikenali sebagai aplikasi permainan masa sebenar yang disasar kepada industri tertentu di Malaysia antaranya aeroangkasa serta minyak dan gas.\rMMAM akan menggunakan aplikasi berasaskan permainan maya itu kepada program Latihan Pembangunan Tenaga Kerjanya dengan memanfaatkan teknolohi 3DVIA yang dibangunkan oleh Dassault Systemes.\rDassault Systemes akan bekerjasama dengan Feiran Technology untuk mengenal pasti mana-mana syarikat yang berminat menggunakan teknologi 3DVIA berkenaan serta mempromosikannya di peringkat domestik serta antarabangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 1.074414 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list