CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

PERODUA teroka Afrika Selatan

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERODUA   teroka        Afrika SelatanOleh Rosli Safar (Mengikuti lawatan PERODUA ke Pameran Automotif Tokyo ke-42  di Tokyo, baru-baru ini)[email protected]/12/05\n\n\n\n\n\n\n\nKerjasama dengan  Toyota,  Daihatsu mudahkan urusan eksport, jimat kos\rPERUSAHAAN  Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kini meninjau peluang untuk membawa kenderaan keluarannya menembusi pasaran Afrika Selatan, yang mana dilihat berpotensi diterokai selepas kejayaan model Myvi memikat penduduk di Mauritius baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r PERODUA kini pada peringkat perbincangan dengan rakan niaga, Toyota dan Daihatsu bagi membolehkan kenderaan buatan Malaysia dieksport masuk ke pasaran berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pihaknya perlu berbincang dengan Toyota dan Daihatsu susulan kedua-dua rakan niaganya itu sudah mempunyai rangkaian di negara berkenaan.\r“Kaedah ini dapat menjimatkan kos, berikutan membuka rangkaian baru akan membabitkan kos tinggi.\r“Keputusan untuk mengeksport kenderaan keluaran PERODUA ke Afrika Selatan dijangka diketahui pertengahan tahun depan (2012), sama ada kenderaan PERODUA masuk ke sana menggunakan logo sendiri atau logo Daihatsu,” katanya ketika ditemui di Tokyo, baru-baru ini.\rPERODUA menghantar rombongan untuk mengikuti Pameran Automotif Tokyo Ke-42 di Tokyo, yang menghimpunkan 179 jenama kenderaan daripada 12 negara pengeluar.\r\n\n\n\n\rPada pameran itu, rakan niaga PERODUA, Toyota dan Daihatsu turut mempamerkan beberapa model kenderaan terkini yang dihasilkan, terutama kenderaan konsep yang mengutamakan alam sekitar.\rAminar Rashid berkata, pihaknya tidak kisah jika kenderaan yang dieksport ke Afrika Selatan itu nanti menggunakan logo    PERODUA    atau  Daihatsu kerana apa yang penting bagi pihaknya kenderaan itu mestilah dikeluarkan di Malaysia.\r“Kami menyasarkan Afrika Selatan pada masa ini kerana keadaan negara itu yang sedang membangun, selain stabil dari segi politik. Usaha turut dilakukan untuk meninjau potensi eksport ke negara Afrika lain yang sedang membangunkan,” katanya.\rDalam usaha PERODUA memperluaskan pasaran pada peringkat antarabangsa, Aminar Rashid berkata, pihaknya tidak pernah mengabaikan kepentingan menjaga dan memenuhi kehendak pengguna dan penduduk tempatan.\rBeliau berkata, untuk rakyat Malaysia pihaknya akan memastikan mereka bukan sekadar mendapat kenderaan kompak yang berkualiti dan berteknologi tinggi, tetapi khidmat terbaik daripada PERODUA.\rUntuk itu, PERODUA kini dalam proses untuk membuka sebuah pusat servis serba lengkap dengan bangunan setinggi enam tingkat di Petaling Jaya. \rKatanya, bangunan yang akan menjadi mercu tanda kepada PERODUA itu, turut dilengkapi dengan  kafeteria terbuka kepada semua, tanpa terhad kepada pelanggan saja.   \rKakitangan bertugas di sana kelak juga akan diberi kuasa untuk membuat keputusan penting, demi memastikan pelanggan mendapat khidmat terbaik dan pantas.\r“Khidmat yang disediakan di bangunan mercu tanda PERODUA itu nanti akan mengguna pakai sistem layanan mesra kepada pelanggan seperti yang diamalkan oleh pusat servis Daihatsu di Jepun.\r“Kami akan menerapkan beberapa ciri istimewa yang diamalkan Daihatsu Jepun kepada pelanggan di Malaysia, termasuk pelanggan diberikan  minuman percuma sebaik masuk untuk berurusan dan pelanggan dipastikan tidak menunggu lama jika mendapatkan khidmat servis kenderaan,” katanya.\rBeliau berkata, khidmat mesra pelanggan yang ditawarkan itu bukan sekadar terhad di Petaling Jaya,  sebaliknya akan diperluaskan ke semua pusat servis dan jualan PERODUA di seluruh negara.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.362740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list