View: 215|Reply: 0
|
IOI bangunkan projek di China
[Copy link]
|
|
Konglomerat tempatan bekerjasama dengan syarikat Taiwan majukan tanah 7.7 hektar\rIOI Corporation Bhd konglomerat tempatan menerusi unit hartanahnya, IOI Properties Bhd bercadang mengadakan usaha sama dengan syarikat berpangkalan di Taiwan untuk membangunkan projek hartanah di China.\r\n\n\n\n\r Penerokaan pembangunan projek hartanah di China itu selaras dengan usaha kumpulan berkenaan untuk meningkatkan aktiviti pelaburan hartanahnya di luar negara.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Eksekutif Kumpulan IOI, Datuk Lee Yeow Chor, berkata pihaknya bercadang untuk membangunkan projek hartanah bercampur di Xiamen, Wilayah Fujian, China.\rBagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai projek itu kerana projek itu masih di peringkat perancangan dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.\r“Kami bercadang untuk membangunkan projek hartanah bercampur di China. Kami akan mengadakan usaha sama dengan syarikat Taiwan untuk menembusi pasaran hartanah negara itu,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui baru-baru ini.\rPada tahun lalu, Kumpulan IOI membeli sebidang tanah pegangan pajakan seluas kira-kira 7.7 hektar di Xiamen, Wilayah Fujian, China bernilai RMB314.2 juta.\r\n\n\n\n\rPembelian tanah itu menjadi batu loncatan kepada kumpulan berkenaan untuk menembusi pasaran hartanah di negara berkenaan pada masa depan.\rKumpulan IOI adalah pemaju Bandar Puteri Puchong di Puchong dan IOI Resort City di Putrajaya. Di samping itu, ia juga mempunyai projek hartanah di Singapura termasuk Seascape@Sentosa Cove dan Cityscape@Farrer Park.\rKumpulan itu juga mengadakan usaha sama dengan pemaju hartanah terkenal Singapura, City Development Ltd untuk membangunkan projek hartanah ikon yang terletak di antara Suntec City dan Raffles Hotel yang dikenali sebagai projek South Beach.\rBagi projek Seascape, kumpulan itu berjaya meraih jualan sebanyak S$36 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 sementara projek Cityscape @ Farrer Park menyumbang jualan sebanyak S$89 juta dalam tahun kewangan dikaji sejak ia dilancarkan Oktober 2010. \rBagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011, kumpulan IOI menjual sejumlah 1,730 unit hartanah dengan nilai jualan sebanyak RM942 juta. Dalam tahun yang dikaji, pendapatan daripada pembangunan hartanah kumpulan itu meningkat 2.8 peratus kepada RM971.6 juta.\rJumlah jualan bagi unit kediaman berharga melebihi RM500,000 mencatatkan penurunan 10 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun, harga purata yang dicapai setiap unit meningkat 6.7 peratus kepada RM545,000 daripada RM511,000.\rPeningkatan harga purata seunit itu berikutan hartanah kediaman dan komersial di Lembah Klang mencatatkan harga penanda aras baru.\rPortfolio pelaburan hartanah kumpulan itu termasuk ruang pejabat dan runcit yang mempunyai jumlah bersih boleh disewa kira-kira 2.88 juta kaki persegi, termasuk 104 unit lot komersial seluas 256,615 kaki persegi.\rSehingga Jun lalu, portfolio pelaburan hartanah kumpulan itu ialah IOI Mall, IOI Resort, IOI Boulevard dan Pusat Kewangan Korporat Puchong.\rMelangkah ke hadapan, Kumpulan IOI bercadang untuk meningkatkan portfolio pelaburan hartanahnya dengan membangunkan lebih banyak ruang perniagaan dan pejabat serta hotel di kawasan utama di pasaran tempatan dan luar negara.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|