CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Untung bersih PETRONAS RM40b

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pendapatan enam bulan disumbang harga lebih tinggi semua  produk\rPETRONAS meraih keuntungan bersih RM40 bilion dalam tempoh enam bulan pertama berakhir 30 September 2011, melonjak 50.9 peratus berbanding RM26.5 bilion bagi tempoh sama tahun kewangan lalu.\r\n\n\n\n\r  Ia diraihnya daripada pendapatan berjumlah RM144.8 bilion, meningkat 25.3 peratus daripada RM115.5 bilion.\r\r\n\n\n\n\n  Naib Presiden Eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal, berkata peningkatan dalam pendapatan disumbangkan harga lebih tinggi merentasi semua rangkaian produk PETRONAS, sungguhpun sedikit terjejas daripada pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).\r“Peningkatan keuntungan bersih pula susulan keuntungan kasar lebih tinggi sungguhpun berdepan persekitaran kos lebih tinggi.\r“Tidak termasuk laba daripada pelupusan Cairn India Ltd pada suku kewangan pertama, keuntungan bersih Petronas mengukuh sebanyak 41.5 peratus,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi suku kewangan kedua Petronas di Kuala Lumpur, semalam.\rPETRONAS mencatat keuntungan bersih RM18.349 bilion pada suku kedua berakhir 30 September 2011, meningkat 53.8 peratus berbanding RM11.885 bilion suku sama tahun sebelumnya.\r\n\n\n\n\rPendapatannya dalam suku berkenaan naik 26 peratus kepada RM71.831 bilion daripada RM56.990 bilion.\rGeorge berkata, kunci kira-kira PETRONAS kekal kukuh dengan hartanah, kilang dan peralatan (PPE) dan jumlah aset masing-masing berkembang 7.4 peratus dan 7.6 peratus didorong strategi pertumbuhan kumpulan.\rTunai daripada operasi berada pada RM47.4 bilion meningkat 61 peratus daripada RM29.5 bilion pada suku kewangan tahun sebelumnya, disumbang terutama oleh pendapatan lebih tinggi, katanya.\rBeliau berkata, perbelanjaan modal dalam suku dikaji berjumlah RM24 bilion, 43 peratus lebuh tinggi berbanding suku sama tahun sebelumnya.\r“Pembayaran dividen kepada kerajaan pula berjumlah RM21 bilion,” katanya.\rSementara itu, Presiden yang juga Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata syarikat minyak kebangsaan itu mengunjurkan meraih keuntungan antara RM70 bilion hingga RM75 bilion bagi seluruh tahun kewangan semasa berdasarkan prestasi kukuh dalam tempoh separuh pertama itu.\rBagaimanapun, beliau mengingatkan pemulihan ekonomi global dijangka kekal tidak stabil dengan potensi risiko ia akan bertambah buruk lagi tahun depan dengan krisis zon euro dijangkakan bertambah runcing dan kelemahan berterusan ekonomi AS.\rDalam perkembangan lain, Naib Presiden Eksekutif Penerokaan dan Pengeluaran PETRONAS, Wee Yiaw Hin, berkata PETRONAS sudah membida bagi pembangunan lapangan minyak pesisir di Myanmar.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092975 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list