|
WALAUPUN akur dia berada pada kedudukan ketiga di belakang rakan senegara, Rayzamsyah Wan Sofian dan jaguh Thailand, pelari 110 meter berpagar, Robani Hassan bertekad meraih emas apabila turun beraksi di Kompleks Sukan Jakabaring, hari ini.\rPemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2005 itu yang baru kembali ke arena olahraga awal tahun ini selepas pulih daripada kecederaan berulang kaki kirinya berkata, pencapaian kali ini penting sebelum memikirkan untuk memburu catatan kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.\r\n\n\n\n\r “Jika prestasi di Palembang ini bagus, baru boleh fikir kelayakan ke Olimpik tahun depan. Semua persediaan sudah dilakukan dan saya hanya perlu fokus 100 peratus untuk ke aksi final,” katanya yang yakin tidak mustahil mengulangi kejayaan emas di Filipina.\r\r\n\n\n\n\n Pada temasya di Laos 2009, Robani sekadar membawa pulang pingat perak apabila tewas kepada pelari Thailand, Jamras Rittidet yang mencatatkan masa 13.89 saat manakala pingat gangsa turut menjadi milik Suphan Wongsriphu dari Thailand, 14.16s.\rRobani berkata, berlari di atas trek terbuka dengan keadaan cuaca berangin mungkin dapat membantunya mengatasi catatan terbaiknya tahun ini, 14.05s.\r“Keadaan di sini sangat panas sehingga rasa seperti boleh pitam. Tapi acara saya nanti di sebelah petang dengan keadaan tiupan angin dari belakang yang mungkin memberi sedikit kelebihan,” katanya.\rRekod kebangsaan acara 110m lelaki dipegang Nur Herman Majid dengan catatan 13.73s.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|