View: 194|Reply: 0
|
Woods ‘senyum sampai ke telinga’
[Copy link]
|
|
SYDNEY: Tiger Woods melangkah keluar daripada lapangan golf The Lakes dengan melihat namanya terpampang sebagai pendahulu Master Terbuka Australia semalam, yang menghadirkan senyuman lebih lebar berbanding ketika mula tiba.\rDengan kawalan pukulan baik dan selesa ketika putting, Woods bagaikan mengimbas setiap pusingan terbaiknya sebelum ini untuk mencatat lima bawah 67 untuk keseluruhan sembilan bawah par, satu pukulan di depan pemain berpengalaman Australia, Peter O’Malley. \r\n\n\n\n\r Ia adalah kali pertama Woods bergelar pendahulu kejohanan sejak pusingan tiga Cabaran Dunia Chevron tahun lalu dan pertama kali di seluruh lapangan sejak kemenangan terakhirnya di Masters Australia dua tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya memang beraksi dengan amat baik,” kata Woods. “Sekalipun mengumpul lima bawah par, ia sama seperti lapan atau sembilan pukulan.\r“Saya berasa hebat berada di sini dan bermain dengan baik. Ia adalah kemajuan dan itu yang berlaku. Dan sekali ia berlaku, ia akan melahirkan keyakinan,” kata bekas pemain nombor satu dunia berusia 35 tahun itu.\rPemain muda berbakat tuan rumah, Jason Day, yang beraksi di samping Woods, di tangga ketiga selepas menamatkan saingan empat bawah par untuk keseluruhan tujuh bawah par manakala Bubba Watson, antara lapan pemain Amerika di tangga keempat, ketinggalan tiga pukulan.\r“Dia (Woods) mempunyai kelebihan berbanding saya ketika ini,” kata Day. “Saya rasa saya boleh bermain dengan banyak pukulan berbeza namun pukulan yang dilakukan Woods, terutama berhampiran green amat menakjubkan. Dia sentiasa terkawal dan tenang.” – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|