|
LUBUK emas negara di kolam renang akan memulakan saingan di Palembang, hari ini dengan beberapa pingat dijangka akan mula diraih perenang negara.\rDengan sasaran enam pingat emas pada temasya edisi ke-26, skuad renang yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lapan wanita akan berusaha memenuhi sasaran ditetapkan biarpun tanpa kehadiran penyumbang lima emas pada temasya lalu, Daniel Bego.\r\n\n\n\n\r Ratu renang negara, Khoo Cai Lin dilihat berpotensi menyumbang emas menerusi 200 meter gaya bebas wanita dan 4x100m rampaian wanita bersama Christina Loh, Marellyn Lammert dan Chan Kah Yan.\r\r\n\n\n\n\n Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong berkata, perenang kini sudah bersedia kecuali Chan Kah Yan yang menghadapi masalah resdung teruk akibat keadaan persekitaran Wisma Atlit dan Kompleks Sukan Jakabaring yang berdebu.\r“Saya dimaklumkan masalah Kah Yan yang akan menyertai 200 meter gaya bebas esok (hari ini) agak teruk biarpun sudah mengambil ubat. Namun, sasaran kita esok (hari ini) ialah memperoleh pingat daripada acara 200m kuak dada lelaki, 100m kuak kupu-kupu wanita dan 50m kuak kupu-kupu lelaki.” \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|