CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

'Jangan menyerah sebelum bertanding'

[Copy link]
Post time 9-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usah jadikan mutu pengadilan sebagai isu: Naim JANGAN prejudis! Itulah nasihat ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad kepada jurulatih, pegawai dan atlit sukan subjektif seperti pencak silat, wushu, karate, taekwondo, judo dan tinju semalam.\n\n\n\n  “Kita belum bertanding dan bertempur lagi. Jadi, nasihat saya jangan jadikan mutu pengadilan sebagai isu dan menjadikannya alasan untuk kita menyerah kalah lebih awal,” katanya.\n\n\n\n\n\n  Dia yang baru tiba di Jakarta semalam berkata, adalah lebih baik pegawai dan atlit sukan subjektif terbabit memfokuskan kepada persiapan masing-masing.“Kita tidak mahu mutu pengadilan berat sebelah yang berlaku sebelum ini terus ditimbulkan kerana ini juga akan menjejaskan imej kita kepada wasit atau juri yang akan menghakimi pertandingan.“Biarlah kita berprasangka baik dan percaya kepada kejujuran serta ketelusan mereka. Yakinlah mereka akan menjalankan tugas pengadilan dengan baik,” katanya.Ketika ditanya sama ada tindakan protes akan diambil sekiranya mutu pengadilan terbukti berat sebelah, Naim berkata: “Jika terdapat bukti, saya nasihatkan pengurus pasukan supaya mengambil tindakan mengikut prosedur dan undang-undang ditetapkan,” katanya.\n\n\n\nPada temasya ini, sebanyak 106 pingat emas ditawarkan dalam beberapa sukan subjektif seperti judo 16 emas, karate (17), silat (18), taekwondo (21), wushu (20) dan tinju (14).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.410643 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list