View: 17649|Reply: 18
|
Volkswagen Cross Touran
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by perrrghhhh at 6-11-2011 21:00
Nak tanya pendapat sapa yang dah guna Volkswagen Cross Touran ... mind to share some feedback ?
I plan nak ambik kereta ni in next few months ..... dah dapat nama agent Volkswagen (Alex) kat Glenmarie Shah Alam ..next week mungkin akan call dia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by perrrghhhh at 6-11-2011 21:03
Cross Touran
Sumber - Kosmo
Keesokan harinya, saya pulang dengan memandu model MPV yang disifatkan sebagai antara paling laris di pasaran Eropah. Cross Touran bukan sekadar sebuah MPV, tetapi perkataan Cross itu juga merujuk kepada elemen SUV yang diadun ke dalam model tersebut.
Cross Touran berkapasiti tujuh tempat duduk. Biarpun begitu, ia hanya dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.4 liter TSI.
Sama dengan apa yang ada pada model Golf, Scirocco dan Jetta, bagaimanapun enjin tersebut telah menerima talaan yang menyebabkan ouputnya sedikit rendah. Lebih tepatnya, 140PS, kurang 20PS berbanding model-model yang saya sebutkan tadi.
Kenapa? Volkswagen memberi alasan bahawa Cross Touran merupakan kenderaan keluarga, jadi ia tidak perlu bertindak seperti jentera untuk berlumba di atas jalan raya. Satu lagi sebab, talaan untuk mendapatkan lebih kuasa adalah mahal. Maka, tindakan mengurangkan janaan kuasa tersebut adalah untuk merendahkan sedikit harganya.
Walaupun kecil, jangan pandang kemampuan enjin itu sebelah mata. Tidak dapat dinafikan ada masanya anda akan berasa Cross Touran seakan-akan tidak berkuasa untuk memecut atau memotong kenderaan lain. Pada ketika itulah penukaran gear secara manual menerusi paddle shifter benar-benar membantu.
Malah, kecekapan gear dapat ditukar dengan pantas juga membuatkan pemanduan terasa semakin menyeronokkan. Biarpun memiliki kerangka badan kotak dan tinggi, kestabilannya boleh dipuji. Olengan tubuhnya adalah minimum dan melepasi ekspektasi saya.
Cross Touran hadir dengan pelbagai aksesori yang pasti anda hargai. Antaranya, bumbung suria yang besar dan membolehkan cahaya semula jadi tembus ke dalam kabin. Jika ia dibuka sepenuhnya, penghadang angin disediakan bagi mengelakkan angin daripada menghuru-harakan keadaan di dalam kabin.
“Kami ingin menawarkan produk kelas dunia pada harga yang berpatutan. Inilah Das Auto atau The Car yang kami lihat di Volkswagen,” kata Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay.
Ketiga-tiga model itu sudah boleh anda lihat secara dekat di mana-mana bilik pameran VW di seluruh negara.
Selepas tiba dan menyerahkan kunci di bilik pameran VW di Glenmarie Shah Alam, saya ada satu kesimpulan. Orang Jerman memang pandai buat kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
"Selepas tiba dan menyerahkan kunci di bilik pameran VW di Glenmarie Shah Alam, saya ada satu kesimpulan. Orang Jerman memang pandai buat kereta"
ala pandai2 orang jerman buat kereta, boleh ke keta depa ke bulan. Maibi boleh |
|
|
|
|
|
|
|
baru ternampak kat atas jalan time gi ofis tadi. komen aku?
mpv ni kecik |
|
|
|
|
|
|
|
sila consider juga pug 5008 atau ford smax, dua2 tu dalam range harga vw coss touran ni jugak |
|
|
|
|
|
|
|
sila consider juga pug 5008 atau ford smax, dua2 tu dalam range harga vw coss touran ni jugak
al-asil Post at 8-11-2011 09:01 AM
Touran ni mmg kecik, smax menang dlm semua aspek. pilihlah Smax untuk kepusan maksimum |
|
|
|
|
|
|
|
takper amik jer...semak haku tengok keta2 kebanyakkan tak perodua proton...tak proton perodua |
|
|
|
|
|
|
|
takper amik jer...semak haku tengok keta2 kebanyakkan tak perodua proton...tak proton perodua
dualchicks Post at 8-11-2011 10:43 AM
jgn cakap cam tu...I baru order maibi, minggu ni dapat le, la ni tengah kumpul beras, gula, garam, dan lain2 untuk bekalan perjalanan ke bulan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Touran ni mmg kecik, smax menang dlm semua aspek. pilihlah Smax untuk kepusan maksimum
zzcbr Post at 8-11-2011 08:52
dia cross touran kan..
so compact MPV..tu aku rasa nmpk kecik |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by perrrghhhh at 9-11-2011 23:01
-------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
sila consider juga pug 5008 atau ford smax, dua2 tu dalam range harga vw coss touran ni jugak
al-asil Post at 8-11-2011 08:01
pug 5008 ada dalam shortlisted ... dah pergi test drive dah ...nampak cam lebih besar dari Touran ni
Ford smax ... tak kena dengan jiwa : P |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah baca dlm ni..
tp mahal la..aku minat gak..
tekken Post at 8-11-2011 10:02
lawa gambar dalam link tu ...thanks!! |
|
|
|
|
|
|
|
aaa macam grand livina jer nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
pug 5008 ada dalam shortlisted ... dah pergi test drive dah ...nampak cam lebih besar dari ...
perrrghhhh Post at 9-11-2011 22:45
haku mmg minat pug tapi haku tak minat cara naza meniaga |
|
|
|
|
|
|
|
haku mmg minat pug tapi haku tak minat cara naza meniaga
dualchicks Post at 10-11-2011 07:36
apa cara Naza meniaga yang ko tak minat ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# perrrghhhh
SA Alex yg gumukkss tu ke? Mintak goodies byk sket |
|
|
|
|
|
|
|
apa cara Naza meniaga yang ko tak minat ?
perrrghhhh Post at 10-11-2011 17:52
melayu telan melayu bila dah dpt king of the AP...NAZA pun leh sesuka hati main taruk harga...
kalo selain naza jual keta2 konti...jauh beza harganya...
pastu SC tannak plak jaga kualiti bila dah telan duit owang terlalu byk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|