CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

P3-21A model baru keluaran PROTON

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kenderaan bertaraf dunia bukan gantian Persona\rMODEL yang kini hanya dikenali dengan nama kod ‘P3-21A’ yang akan dilancarkan PROTON Holdings Bhd, tahun depan adalah model baru sepenuhnya dan bukan gantian kepada Persona.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan PROTON, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menjelaskan, model itu akan menampilkan reka bentuk baru dan tidak langsung membawa reka bentuk  Persona.\r\r\n\n\n\n\n  “Model bertaraf dunia yang direka bagi memenuhi keperluan perundangan semua kemungkinan pasaran itu akan dijana enjin turbo Campro,” katanya kepada pemberita di Beijing.\rSyed Zainal Abidin berkata, model baru itu juga adalah satu daripada dua model yang akan dikeluarkan di China sebagai sebahagian kerjasama PROTON dengan Hawtai Motor Group Ltd yang berpangkalan di Beijing. Satu lagi model ialah Exora.\rPROTON baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Hawtai Motor bagi kerjasama produk.\rSyed Zainal Abidin berkata, perjanjian muktamad dengan Hawtai akan dirundingkan pada Disember.\r\n\n\n\n\r“Saya baru bertemu wakil Hawtai bagi membincangkan struktur asas mengenai siapa yang akan menjadi Ketua Eksekutif, berapa ramai dari PROTON yang akan berpangkalan di sini dan jenis produk (akan dikeluarkan di sini).\r“Saya dan lembaga pengarah  teruja mengenainya. Saya yakin ini  mengurangkan pelaburan yang PROTON perlu buat dalam usaha memperluaskan perniagaan kami.\r“Pendapatan kami  bukan hanya datang daripada penjualan kereta tetapi juga daripada kejuruteraan dan pelesenan dan  lebih penting, kami secara tidak langsung berada di pasaran terbesar dunia, tetapi tidak perlu melabur satu bilion dolar untuk berbuat demikian.\r“Ini adalah pendekatan lebih strategik dan akan berjalan lancar. Mereka memerlukan kami dan kami memerlukan mereka. Ini adalah hubungan di mana kedua-dua pihak akan menang, kami tidak mengeksploit sesiapa,” katanya.\rAntara isu yang dibincangkan ialah penjenamaan untuk pasaran domestik, yang mana ia akan menggunakan jenama Hawtai, tetapi untuk pasaran eksport, ia akan membawa jenama PROTON.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.192323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list