Post Last Edit by diyes at 5-11-2011 22:10
Dalam sukan permotoran, terutama Formula 1, kite selalu bercerita tentang pemandu, kereta@jentera dan kemenangan mereka. Tetapi disebalik kemenangan pasukan tersebut, ada satu pasukan yang jarang kita sebut, dan merekalah yang banyak membantu pemandu tersebut memenangi perlumbaan. Perkenalkan, PIT CREW!!
Chapter 1: Pit Stop
Dalam Sukan Permotoran, “Pit Stop” adalah tempat di mana jentera lumba (kereta atau motor) berhenti di suatu kawasan yang dipanggil “Pit Stop” ketika perlumbaan berjalan. Di “Pit Stop”inilah jentera lumba akan: 1)diisi bahan bakar 2)ditukar tayar 3)dibaiki 4)pengubahsuaian mekanikal 5)penukaran pemandu 6)atau mana-mana kombinasi di atas
contoh“Pit Stop”
Dengan wujudnya “Pit Stop”, jentera lumba tidak perlu lagi membawa bahan bakar yang banyak. Secara tidak langsung, jentera lumba akan menjadi lebih ringan. Lebih ringan bermakna lebih kelajuan, lebih stabil dan kurang beban untuk enjin.
Satu lagi,jentera lumba juga dapat dipasang dengan tayar yang lebih lembut. Kelembutan tayar jentera lumba adalah 10 kali ganda berbanding tayar kereta biasa. Tayar yang lebih lembut ini dapat membantu meningkatkan cengkaman tayar. Sekaligus membantu pengendalian jentera terutama di kawasan selekoh memandangkan jenterea lumba mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi. Tetapi tayar tersebut harus ditukar setiap selang beberapa pusingan kerana cepat haus. Jadi penukaran harus dilakukan di kawasan yang selamat dan teratur, maka wujudlah “Pit Stop”.
Pasukan Jurutera akan memantau keadaan jentera melalui sistem komputer yang disambung terus kepada sistem jentera. Mereka akan menentukan jadual “Pit Stop” melalui: 1)baki bacaan bahan bakar 2)jangka hayat tayar 3)kerosakan jentera 4)jangkamasa berhenti di “Pit Stop” vs jangkamasa yang pemandu boleh dapat tingkatkan dalam perlumbaan jika memasuki “Pit Stop” (masa “pit stop” vs hasil)
Adalah penting untuk pasukan tersebut mengambil data-data pihak lawan. Dengan data tersebut,mereka boleh merangka strategi pada waktu bila pemandu harus masuk “Pit Stop”. Ini membantu jentera lumba pasukan mereka daripada ketinggalan di belakang pihak lawan. |