|
SKUAD badminton remaja negara diketuai pemain kelab profesional KLRC, Zulfadli Zulkifli terpaksa bertarung selama 2 jam 20 minit sebelum berjaya melakar sejarah menjuarai Kejohanan Remaja Dunia Piala Suhandinata buat julung kali di Taiwan, semalam.\rSelepas juara tujuh kali, China tidak mengambil bahagian, mereka membuktikan status selaku pilihan pertama dengan menumbangkan juara 2006, Korea Selatan 3-0 sekali gus memperbaiki pencapaian terbaik muncul naib juara pada 2009. \r\n\n\n\n\r Seperti empat perlawanan sebelum ini, Zulfadli yang juga juara remaja Asia menjadi pembakar semangat pasukan apabila membutirkan mata pertama.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun tewas set pertama 17-21, tetapi Zulfadli bangkit pada set kedua apabila menang 21-11 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum berjaya menumbangkan Lee Hong Je 21-14 dalam tempoh 49 minit.\r“Kejayaan menjuarai acara berpasukan sambil mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan yang diharungi, pasti menjadi tonik terbaik untuk saya memburu kejuaraan berganda dalam acara perseorangan yang bermula Rabu ini,” katanya dihubungi semalam.\rPemain perseorangan wanita, Sonia Cheah memberi mata kedua menewaskan Kim Hyo Min 25-23, 21-12 sebelum gandingan Nelson Wei Keat Heg-Teo Ee Yi bangkit daripada kekalahan sert pertama 16-21 untuk menewaskan Choi Sol Kyu-Jun Bong Chan 21-18, 21-12.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|