CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Parlimen siasat Ahmadinejad

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Iran diminta beri keterangan   kes  menteri ekonomi  tipu RM7.8b \rTEHRAN: Parlimen Iran akan memanggil Presiden Mahmoud Ahmadinejad untuk disoal siasat berhubung satu skandal ekonomi dan dasar beliau, selepas sekurang-kurangnya 73 anggota menandatangani satu petisyen semalam, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kepemimpinan beliau.\r\n\n\n\n\rAhmadinejad adalah presiden pertama Iran yang pernah dipanggil memberi keterangan di parlimen dan tindakan itu mendedahkan dengan lebih jelas konflik kuasa  antara presiden, ahli parlimen dan kumpulan ulama yang berpengaruh.\r\r\n\n\n\n\nSeramai 73 ahli parlimen menandatangani petisyen untuk menyoal siasat Ahmadinejad, lebih satu perempat  daripada 290 anggota  seperti yang diperlukan  perlembagaan untuk memanggil presiden.\rParlimen Iran sebelum itu mendapati menteri ekonomi kabinet Ahmadinejad, Shamsoddin Hosseini, bersalah membabitkan kes penipuan berjumlah AS$2.6 bilion (RM7.8 bilion) jumlah  dipercayai terbesar dalam sejarah Iran.\rAhmadinejad terbabit dalam konflik antara anggota parlimen dan kumpulan ulama sejak pilihan raya Mac dan pilihan raya 2012 manakala  skandal ini adalah salah satu penyelewengan ekonomi yang menyasarkan pemimpin itu.\rKritikan terhadap Ahmadinejad semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan kebanyakannya adalah daripada kumpulan berpendirian keras yang menyokong dan membolehkan beliau berkuasa sebelum ini.\r\n\n\n\n\rBerpuluh-puluh penyokong politik Ahmadinejad ditahan atau dipenjarakan oleh kelompok berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.\rAnak didik dan pembantu kanan beliau, Esfandiar Rahim Mashaei diketepikan daripada senarai calon penggantinya menjelang pilihan raya 2013, selepas beberapa dakwaan  menjejaskan  reputasinya.\rIa termasuk mengetuai cubaan untuk mencabar sistem pemerintahan sedia ada dan dakwaan terbabit dengan skandal penipuan bank berjumlah AS$2.6 bilion.\rSoal siasat itu jika dilaksanakan akan memberi tamparan hebat kepada kekuasaan Ahmadinejad yang dikatakan semakin lemah selepas beliau secara terbuka mencabar pemimpin tertinggi negara itu Ayatollah Ali Khamenei dalam pemilihan menteri perisikan.\rSementara itu, majlis persidangan parlimen mengesahkan sudah menerima dan meluluskan petisyen untuk memanggil Ahmadinejad, manakala Hosseini dijangka berdepan undi tidak percaya Selasa ini. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.361615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list