View: 178|Reply: 0
|
Tebing Chao Phraya kian melimpah
[Copy link]
|
|
Istana Besar Thailand dinaiki air, benteng penahan banjir boleh runtuh bila-bila masaBANGKOK: Sungai utama merentasi ibu negara Thailand mencatatkan rekod tertinggi semalam, menyebabkan kawasan bangunan bersebelahan sungai dan kompleks diraja dilanda banjir di tengah fenomena air pasang besar yang dibimbangi akan meruntuhkan benteng banjir dan menyebabkan ibu negara dilanda banjir.\rAir separas buku lali dari Sungai Chao Phraya melimpahi satu kawasan masuk ke Istana Besar yang dihalang dengan beg pasir. Pihak tentera dilaporkan mengepam air keluar manakala pelancong masih lagi memasuki kawasan yang dilindungi tembok putih itu.\r\n\n\n\n\r Sungai berkenaan turut melimpahi jalan raya di luar pintu istana selama beberapa hari tetapi air dilaporkan semakin surut menjadikan jalan berkenaan kembali kering.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimanapun, air pasang lebih besar daripada biasa di Teluk Thailand dijangka memuncak hari ini, menghalang banjir daripada ke utara, dan dibimbangi akan memenuhi kawasan bandar. Kerajaan juga bimbang penghalang utama dan tembok akan runtuh.\rAir pasang pagi semalam berlalu tanpa runtuhan besar tetapi air dikatakan mencecah kawasan sungai berhampiran daerah perniagaan utama di Silom dan Sathorn.\rTembok banjir berkenaan menghalang kawasan bandar raya 2.5 meter dan air pasang pada Sabtu dijangka mencecah hingga 2.6 meter.\rSebanyak tujuh daripada 50 daerah di Bangkok semuanya di utara, dilanda banjir dan penduduk terpaksa menggunakan rakit buluh untuk bergerak dan trak tentera serta mengharungi air setinggi paras pinggang. Lapan lagi daerah dilaporkan sudah mengalami banjir yang berkurangan.\r\n\n\n\n\rBanjir kilat dilaporkan di tenggara bandar raya itu semalam apabila sebuah terusan melimpah di jalan Sukhumvit.\rBanjir berkenaan, paling buruk di Thailand sejak separuh abad membunuh hampir 400 penduduk dan menyebabkan lebih 110,000 lain hilang tempat tinggal.\rPenganalisis ekonomi berkata banjir turut mengurangkan ramalan Keluaran Dalam Negara Thailand pada 2011 sehingga 2 peratus. Kerugian dianggarkan RM18.38 bilion boleh meningkat dua kali ganda jika Bangkok ditenggelami banjir.\rKebanyakan Bangkok masih lagi kering dan hampir kebanyakan sembilan juta penduduknya sedang berjaga-jaga melindungi kediaman mereka. \rKebimbangan berlaku di kawasan tengah Bangkok di mana penduduk Thailand dan ekspatriat cuba mendapatkan perlindungan di luar Bangkok manakala kerajaan asing menggesa rakyat mereka mengelak ke Bangkok.\rJabatan Negara Amerika Syarikat berjaga-jaga terhadap penduduknya yang mahu ke Thailand terutama di kawasan terjejas dengan banjir termasuk Bangkok disebabkan masalah pengangkutan dan kekurangan bekalan makanan. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|