View: 140|Reply: 0
|
Bekas pemimpin tetap dikebumi secara terhormat
[Copy link]
|
|
MISRATA: Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi.\rKematian beliau kira-kira dua bulan selepas penyingkirannya menamatkan rejim hampir 42 tahun yang menukarkan negara kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara yang dikritik antarabangsa. Ia turut membawa Libya ke dalam era baru di mana pemimpin peralihan perlu mengatasi perpecahan dan membina semula hampir semua institusi dari awal untuk mencapai demokrasi yang diimpikan.\r\n\n\n\n\rPemimpin NTC bagaimanapun masih lagi tidak membuat sebarang keputusan bila dan di mana mayat Muammar Gaddafi akan dikebumikan, kata menteri penerangan Libya semalam di tengah persoalan mengenai bagaimana bekas pemimpin itu mati.\r\r\n\n\n\n\n “Tiada keputusan dibuat mengenai pengebumian Gaddafi,” sama ada mayatnya masih berada di Misrata di mana ia dibawa selepas kecederaan yang membawa maut berikutan ditangkap di Sirte, kata Mahmud Shamam kepada AFP.\rPemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.\rMayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.\rSementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.\r\n\n\n\n\rGaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.\r“Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.\r“Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.\rSementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. – AP/AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|