CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 4

Kelantan disingkirkan Terengganu

[Copy link]
Post time 15-10-2011 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Jumaat, 14 Oktober 2011
Source: D5 Sports


Image © D5
Terengganu berjaya menempatkan diri ke saingan separuh akhir Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Kelantan dengan agregat 5-3. (gambar arkib).



KUALA LUMPUR, (D5) - Kelantan disingkirkan Terengganu dalam saingan suku akhir dengan keputusan agregat 5-3, sekaligus meranapkan harapan skuad Red Warriors untuk mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia.  

Pada aksi suku akhir timbang balik yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Biarpun Kelantan banyak menguasai permaianan tetapi mereka tidak berupaya untuk mengekang kemaraan Terengganu untuk mencipta jaringan. Dua gol Terengganu dihasilkan oleh penyerang berbisa, Ashaari Shamsuddin (M15, M17) pada separuh masa pertama.

Jarang-jarang Terengganu meraih peluang, tetapi ia sudah memadai dengan kebijaksaan Ashaari menterjemahkan peluang.

Pada babak pertama itu juga, kelonggaran barisan pertahanan Kelantan jelas kelihatan, malah nasib malang membayangi skuad bimbingan M. Karathu apabila beberapa percubaan bahaya penyerang hanya dinafikan oleh tiang gol Terengganu.

Pada babak kedua berlangsung, Kelantan akhirnya berjaya mencipta jaringan pada minit ke-54 hasil jaringan Azamuddin Akil selepas penjaga gol Sharbinee gagal menangkap kemas percubaan terdahulu.

Badri Radzi kemudiannya menambah jaringan Kelantan pada minit ke-69 menerusi sepakan penalti, sekaligus menyamakan kedudukan.

Dalam permainan yang tinggal 10 minit sahaja lagi, Kelantan beraksi bermati-matian biarpun mengetahui peluang mereka untuk mengatasi Terengganu hampir mustahil.

Turut mengikut jejak langkah abangnya ke separuh akhir, T-Team apabila berjaya mengetepikan cabaran Sabah dengan keputusan 2-1 menjadikan agregat 4-2 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Manakala pasukan Selangor menempah tiket ke saingan separuh akhir selepas menang keatas Perak dengan agregat 4-1. Pada peralawanan malam ini Selangor menang 1-0 di Stadium Perak.

Negeri Sembilan yang kecewa ditumpaskan Felda United 0-1 pada 10 Okt di laman lawan bangkit menjaringkan gol menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-16 untuk mengikat agregat 1-1 sehingga tamat babak kedua.

Perlawanan terpaksa ditambah 30 minit masa tambahan untuk menentukan pemenang dan dua jaringan masing-masing menerusi Idris Karim dan Hairuddin pada minit ke-100 dan 117 membolehkan skuad Hoben Jang Hoben menempah tiket ke saingan seterusnya.

Pada separuh akhir pertama Selasa ini, Selangor bakal bertemu Terengganu manakala Negeri Sembilan bakal berdepan dengan kelab T-Team.

Perlawanan timbal balik dijadual akan berlangsung selang empat hari kemudiannya iaitu pada 22 Okt.



keredit tohttp://www.arena.my/Arena/ArenaA ... .aspx?newsId=183367


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2011 01:40 PM | Show all posts
perlawanan kt kb tuh rasanya lagi aman dr yg kt terengganu tempoh hari
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:29 PM | Show all posts
Taktik trengganu first game ari tu yang buat palat supaya player kelantan dapat banyak kad merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 03:53 PM | Show all posts
xdpt tgok klantan final
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 04:46 PM | Show all posts
pemain kelantan main kasar..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.489867 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list