|
Suku akhir 2: Dua gergasi Pantai Timur jadi tumpuan\rAPA yang pasti fokus bola sepak tanah air akan beralih ke Kota Bharu menjelang pertembungan dua gergasi dari Timur - Kelantan dan Terengganu, malam ini yang bakal menggalas misi sama - menang dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini.\r\n\n\n\n\r Tekanan jelas memihak The Red Warriors untuk mengalihkan defisit kekalahan suku akhir pertama dan penyerang harapan tuan rumah, Norshahrul Idhlan Talaha bertekad turun ke gelanggang dengan mengapikan rakan sepasukan menjayakan ‘strategi mencari 2 gol’.\r\r\n\n\n\n\n “Kami tetap ada peluang menafikan hajat Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan syarat dapat manfaatkan peluang beraksi di laman sendiri. Misi kami adalah mencari dua gol dan akan berjuang habis-habisan mengatasi kelebihan jaringan pihak lawan,” katanya.\rPenyerang skuad Harimau Malaya itu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo turut percaya ketua jurulatih, Datuk M Karathu memiliki banyak pilihan mengisi slot Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Aziz Ismail yang akan tersisih gara-gara dilayang kad merah di Kuala Terengganu, Isnin lalu.\rSelain, episod ‘Perang Timur’ itu yang masih menjadi tanda tanya siapa pengadil bakal dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia, tiga lagi saingan suku akhir kedua juga menarik perhatian peminat tempatan.\rSelangor dengan ‘Misi 33’ menentang Perak di Ipoh dengan bekalan dua gol manakala Negeri Sembilan harus menjelmakan persembahan mantap andai mahu mengalih keputusan memihak mereka apabila menentang FELDA United di Paroi. Satu lagi perlawanan membabitkan T-Team menentang Sabah di Kuala Terengganu.\r\n\n\n\n\rSementara itu, pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam menganggap pasukannya tidak pincang walaupun tanpa tiga tonggak yang dilayang kad merah dan mahu memberi tumpuan penuh bersama rakan sepasukan untuk meningkatkan kawalan benteng pertahanan.\r“Terengganu pasti mahu mencari gol awal untuk mengukuhkan peluang ke separuh akhir dan kami akan pastikan hajat mereka dapat disekat,” katanya.\rKarathu pula menegur anak didik bijak memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan dua gol penting, malam ini.\r“Kami harus bijak menggunakan 90 minit yang ada bagi melakar kemenangan dengan mencari dua gol jika mahu ke separuh akhir. Saya yakin anak buah saya mempunyai kualiti menggerakkan posisi tengah dan serangan mendapatkan gol awal mencari semangat,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|