View: 171|Reply: 0
|
Pesilat hanya sasar dua emas
[Copy link]
|
|
Lebih rendah kerana kekuatan pencabar lain, terutama atlit Indonesia\rSKUAD silat negara sekadar mensasarkan dua pingat emas dan lapan pingat secara keseluruhan pada temasya Sukan SEA XXVI di Jakarta dan Palembang bulan depan - sasaran lebih rendah berbanding pencapaian empat emas dan enam gangsa pada temasya di Laos dua tahun lalu.\r\n\n\n\n\r Pengurus pasukan, Ismail Syed Mohamed berkata, sasaran lebih rendah itu kerana mengambil kira kekuatan pencabar lain, terutama tuan rumah, Indonesia yang dijangka menampilkan ramai pesilat handalan selain Vietnam yang terkenal selaku pencabar kuat dalam sukan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Pada temasya di Laos, kami juga sasarkan dua emas tetapi pulang dengan empat emas. Begitu jugalah yang kita harapkan pada temasya di Indonesia nanti,” katanya pada sidang media sempena lawatan ketua kontingen negara ke Sukan SEA XXVI, Datuk Naim Mohamad yang meninjau persiapan skuad berkenaan di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam. \rAcara silat keseluruhannya menawarkan 18 pingat emas pada Sukan SEA XXVI dengan 12 ditawarkan untuk silat olahraga manakala enam untuk silat seni.\rKetika ini, semua pelatih silat negara sedang menjalani latihan fasa terakhir selama sebulan di Cameron Highlands sejak 1 Oktober lalu sebelum menyertai perhimpunan pusat kontingen negara ke Sukan SEA awal bulan depan.\rSkuad negara yang dibarisi gabungan pesilat elit dan pelapis akan menyertai kesemua 18 acara yang dipertandingkan dengan harapan disandarkan kepada bekas pemenang emas Laos 2009, Mohd Fauzi Khalid, Emy Latip dan Mohd Hafiz Mahari.\r\n\n\n\n \rSementara itu, Naim berkata mesyuarat kali ketiga dan terakhir untuk pengurus pasukan ke Sukan SEA XXVI akan diadakan di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Isnin ini bagi menilai kemajuan persiapan kontingen negara, memuktamadkan jadual berlepas dan pulang, pengesahan pendaftaran atlit dan pegawai serta mengemaskini kerja urus setia.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|