View: 87|Reply: 0
|
Tuah Montenegro, Perancis bangkit
[Copy link]
|
|
Russia hampir pasti, Portugal-Denmark buat perhitunganLONDON: England mengesahkan tiket ke pusingan akhir Euro 2012 sambil dibayangi tindakan melampau Wayne Rooney selepas seri 2-2 di Montenegro ketika Croatia terlepas peluang selepas tewas 2-0 kepada Greece pada pusingan kelayakan, kelmarin.\rSekadar memerlukan seri untuk menjuarai Kumpulan G, England bermula baik dan mendahului 2-1 hasil jaringan Ashley Young dan Darren Bent sebelum Rooney mencipta drama diarah keluar padang pada minit ke-74 kerana menendang pertahanan Montenegro, Miodrag Dzudovic.\r\n\n\n\n\r Jaringan lewat Andrija Delibasic turut memberikan Montenegro tiket ke pusingan playoff dengan England menjadi pasukan ketujuh layak ke final, selepas penyandang juara, Sepanyol, Itali, Jerman dan Belanda, selain Ukraine dan Poland selaku tuan rumah.\r\r\n\n\n\n\n Dia (Rooney) melakukan kesilapan bodoh kerana menendang lawannya... Saya memang tidak gembira dan dia sudah meminta maaf, kata jurulatih Fabio Capello yang kehilangan khidmat peledak utamanya itu pada perlawanan pertama Euro nanti.\rDalam Kumpulan F, juara Eropah 2004, Greece, mendaki dua mata mengatasi Croatia untuk bertakhta di puncak kumpulan selepas menang di Athens dalam perlawanan yang tertangguh enam minit selepas penonton mencetus kekacauan.\rSaya sedar kami boleh mencipta peluang... Kami menghalang serangan Croatia dan bertahan dengan baik sebelum menyerang balas, kata pengendali Greece kelahiran Portugal, Fernando Santos.\rDalam pada itu, Russia menang 1-0 ke atas Slovakia dan hanya memerlukan satu mata untuk mara selaku juara Kumpulan B apabila menentang pasukan kerdil, Andorra pada perlawanan terakhir.\r\n\n\n\n\rDalam Kumpulan D, Perancis menumpaskan Albania 3-0 di laman sendiri hasil jaringan Florent Malouda, Loic Remy dan Anthony Reveillere namun berdepan tugas berat menentang Bosnia-Herzegovina yang membelasah Luxembourg 5-0 dalam aksi penentu juara kumpulan, Selasa ini.\rKetika ini, kami perlu memikirkan perlawanan Selasa depan, kata jurulatih Perancis, Laurent Blanc yang pernah menjulang trofi itu pada 2000. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar tetapi perlawanan malam ini (kelmarin) memberikan kami keyakinan tambahan.\rPortugal dan Denmark menang ke atas lawan masing-masing untuk berkongsi 16 mata dalam Kumpulan H dengan pertembungan sesama sendiri di Copenhagen bakal menentukan siapa akan meraih tiket selaku juara kumpulan.\rDalam pada itu, juara Kumpulan C, Itali diikat Serbia 1-1, sekali gus membuka peluang buat Estonia untuk mendaki ke tangga kedua kumpulan selepas menewaskan Ireland Utara, 2-1.\rDalam kumpulan E, Sweden menjamin kedudukan selaku naib juara kumpulan di belakang Belanda selepas menewaskan Finland 2-1 manakala Sepanyol, Belanda dan Jerman turut menang sekalipun sudah mengesahkan kemaraan. - AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|