CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59|Reply: 0

BAM tak harap sangat

[Copy link]
Post time 8-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kami hantar pelapis untuk pendedahan: Kenny GohPERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) yang hanya menyenaraikan pemain pelapis untuk Sukan SEA Indonesia November depan tetap bersikap realistik dan tidak mahu meletakkan harapan tinggi.\rBerdasarkan senarai pemain yang majoritinya pertama kali menyertai Sukan SEA, memang diakui sukar untuk meramal dari mana akan datangnya kilauan emas di Istora Senayan, Jakarta.\r\n\n\n\n\r    Walaupun turut dianggotai pasangan Woon Khe Wei-Vivian Hoo yang membuat kejutan menjuarai GP Emas Terbuka Indonesia awal bulan lalu, ia belum cukup dan masih ramai sangsi dengan keupayaan mereka untuk memenangi emas.\r\r\n\n\n\n\n    Kita hanya menghantar pemain pelapis ke Sukan SEA untuk memberikan pendedahan sebagai persiapan barisan pemain masa depan. Kita tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi memenangi emas kerana ia boleh mengganggu tumpuan mereka (pemain).\rIni pendedahan yang baik kepada pemain muda dan berharap mereka dapat memberikan persembahan terbaik untuk cuba memenangi pingat. Saya tidak harap emas tetapi saya harap mereka mampu menghadiahkan kejayaan kepada negara, tidak kira apa warna pingat, kata Pengurus Besar BAM, Kenny Goh di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.\rKontinjen negara akan menghantar 10 pemain lelaki dan 10 pemain wanita untuk bersaing merebut tujuh pingat emas yang ditawarkan.\rSementara itu, jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky turut senada dengan pendapat Kenny tetapi dia optimis dengan kemampuan pemain negara.\r\n\n\n\n\rKita sedia tahu suasana yang akan dihadapi pemain di sana (Istora Senayan). Sudah pasti suasana di sana akan sesak dan mungkin boleh mengganggu konsentrasi pemain. Sebenarnya kita ada potensi untuk menang emas, cuma kita perlu realistik dan saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi kepada pemain, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list