View: 87|Reply: 0
|
'Perangai Tevez bukan kepala batu'
[Copy link]
|
|
Usah soal komitmen pemain ini: Joorabchian\rLONDON: Penyerang Manchester City, Carlos Tevez tidak menolak arahan apabila diminta turun ke gelanggang selaku pemain gantian ketika Manchester City tewas kepada Bayern Munich dalam saingan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah, menurut penasihatnya, Kia Joorabchian.\r\n\n\n\n\r Tevez kini digantung dua minggu sementara City menjalankan penyiasatan dakwaan pengurus Roberto Mancini mengenai bintang Argentina itu yang mengetepikan arahannya semasa tewas 0-2 kepada kelab Jerman itu.\r\r\n\n\n\n\n Semasa temuramah di televisyen selepas perlawanan di Munich, Tevez tampil mengakui kesalahannya berkata: “Saya tidak rasa saya berhak untuk bermain, jadi saya tidak bermain.” Tetapi penasihatnya, Joorabchian, berkata kepada persidangan Leaders in Football di London, kelmarin mendakwa terjemahan soalan yang salah menyebabkan Tevez tidak menjawab dengan tepat.\r“Satu perkara yang tidak anda boleh kritik mengenai dia ialah komitmennya semasa dalam padang,” kata Joorabchian. “Anda tidak boleh mengkritik dia untuk tidak bermain.\r“Satu masalah terbesar ialah apabila situasi selepas perlawanan diadakan dan soalan ditanya serta diambil di luar konteks sebenar.\r“Jika anda tidak mempunyai penterjemah profesional, maka anda ada masalah. \r\n\n\n\nTerjemahan itu tidak benar. Kedua-dua soalan dan jawapan daripada Carlos diterjemah tidak betul.” Joorabchian tampil menyalahkan Mancini atas situasi itu dengan mendakwa pengurus Itali itu bergelut untuk mendapatkan Tevez, yang beberapa bulan mahu meninggalkan kelab itu. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|