View: 150|Reply: 0
|
Dagangan ringgit luar negara ditangguh: Zeti
[Copy link]
|
|
BANK Negara Malaysia tidak tergesa-gesa membenarkan ringgit didagangkan sepenuhnya ringgit di luar negara dalam tempoh terdekat berikutan keadaan pasaran yang tidak menentu kini. \rMemandangkan persekitaran sangat tidak menentu sekarang ini, kita tidak akan mengubah keadaan berhubung mendagangkan mata wang kita pada peringkat antarabangsa, kata Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kanan) dalam temu bual dengan Bloomberg di Washington, kelmarin. \r\n\n\n\n\r Beliau berada di sana bagi menghadiri mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) - Bank Dunia.\r\r\n\n\n\n\n Zeti berkata, Bank Negara berusaha ke arah menyediakan pra-syarat bagi mendagangkan ringgit pada peringkat antarabangsa, tetapi buat masa ini, yang pastinya tidak akan dipertimbangkan memandangkan persekitaran kewangan dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu. \rBeliau juga berkata bank pusat itu telah campur tangan dalam pasaran mata wang untuk mengawal peningkatan ringgit dengan memulihkan dan memastikan keadaan terkawal.\rTindakan itu adalah hanya motivasi bagi campur tangannya dan bukannya cuba untuk mempengaruhi aliran, jelasnya.\rMengenai pelarasan kadar faedah, Zeti berkata, pihaknya menunggu unjuran pertumbuhan dan inflasi yang lebih jelas sebelum mengambil sebarang pelarasan dalam kadar itu.\r\n\n\n\n\rZeti berkata, kadar faedah kekal pada paras yang menyokong pertumbuhan, yang mungkin sama atau lebih baik pada separuh kedua tahun ini berbanding pada separuh pertama tahun ini.\rMengenai sama ada pemilikan asing dalam sekuriti kerajaan Malaysia boleh menimbulkan risiko jika penjualan berterusan, Zeti berkata ia akan bergantung kepada siapa pelabur berkenaan. \r\"Apa yang kita lihat, terutamanya dalam pasaran pendapatan tetap dan pasaran bon termasuk pasaran sukuk, pelabur adalah dengan pelaburan jangka sederhana dan oleh itu mereka tidak membuat spekulasi. Ini adalah jenis pelabur kita cari untuk melabur dalam pasaran kita. Mereka menyumbang untuk menambah kecairan dalam pasaran dan itu adalah positif,\" katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|