CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Ahmad Jauhari terajui MAS

[Copy link]
Post time 15-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelantikan bekas Pengarah Urusan Malakoff     berkuat kuasa 19 SeptemberSPEKULASI mengenai individu yang bakal menerajui pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS) berakhir semalam apabila syarikat penerbangan kebangsaan itu mengumumkan pelantikan Ahmad Jauhari Yahya (atas) sebagai Pengarah Urusan barunya berkuat kuasa 19 September ini.\n\n\n\n  Pelantikan bekas Pengarah Urusan Malakoff Bhd itu, susulan kekosongan jawatan berkenaan selepas peletakan jawatan Tengku Datuk Azmil Zahruddin pada 8 Ogos lalu, sehari sebelum pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Bhd, serta pemegang saham utama AirAsia Bhd, Tune Air Sdn Bhd, memeterai perjanjian bagi pertukaran saham dalam kedua-dua syarikat penerbangan tempatan itu.\n\n\n\n\n\n   MAS dalam kenyataan mengumumkan pelantikan itu kepada Bursa Malaysia semalam, turut menegaskan bahawa Mohammed Rashdan Mohd Yusof akan kekal sebagai Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan kebangsaan itu dan akan melapor kepada Ahmad Jauhari.Sebelum mengetuai Malakoff dari 1994 hingga 2010, Ahmad Jauhari, 56, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Nottingham, United Kingdom adalah Pengarah Urusan Malaysian   Resources Corporation Bhd pada 1993, serta Pengarah Urusan Time Engineering Bhd pada 1992.Beliau memulakan kerjaya korporatnya di Esso Malaysia Bhd pada 1979 dan pernah menjawat jawatan Pengurus Besar Kanan Kumpulan bagi Pengeluaran dan Pengedaran, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) pada 1990.Mohd Rashdan yang sebelum ini adalah Pengarah Eksekutif Pelaburan di Khazanah dilantik sebagai Pengarah bukan eksekutif MAS pada 15 Oktober 2010. Pada 9 Ogos lalu beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif.\n\n\n\nSebelum ini beberapa nama disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi mengisi jawatan peneraju di MAS itu.Ini termasuk Mohammed Rashdan; Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun; dan Ketua Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly.Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ketika ditemui selepas menjadi ahli panel di Persidangan Ketua Eksekutif Global Forbes di Kuala Lumpur petang semalam, melahirkan keyakinannya barisan pengurusan MAS di bawah kepemimpinan Pengarah Urusannya yang baru mampu mengubah prestasi kewangan syarikat itu.Beliau berkata, syarikat penerbangan negara itu mempunyai kumpulan kakitangan hebat dan syarikat itu sendiri mempunyai potensi perniagaan yang cemerlang jika digunakan sepenuhnya.“Kita perlu menghentikan pemikiran dan sikap tidak boleh. Saya sendiri tidak pasti sama ada rancangan pemulihan MAS akan mencapai kejayaan, tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba.“Ketika saya memulakan perniagaan AirAsia dulu ramai yang bertanya di mana saya akan berada selepas tiga bulan ia beroperasi. Saya sanggup mengambil risiko.“Malah, 50 peratus barisan kakitangan AirAsia kini terdiri daripada bekas kakitangan MAS,” katanya.Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pakatan antara MAS dan AirAsia masih belum mencukupi untuk memulihkan sepenuhnya syarikat penerbangan kebangsaan itu.“Petunjuk awal setakat ini adalah agak positif, yang mana rangka kerja pakatan itu masih diperlukan, tetapi ia masih tidak cukup untuk memacu pertumbuhan MAS,” katanya  yang turut menjadi antara ahli panel pada Persidangan Ketua Eksekutif Global Forbes itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.188842 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list