|
Liverpool terima tamparan tewas 1-0 kepada StokeSKUAD mahal Manchester City yang diterajui jaringan hatrik penyerang sensasi Sergio Aguero melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris - sekurang-kurangnya untuk beberapa jam - selepas membenam Wigan 3-0 ketika Stoke melakar kejutan terbesar malam tadi apabila membenam Liverpool 1-0 di Stadium Britannia.Skuad Roberto Mancini itu terus diekori Chelsea yang juga menang ke atas Sunderland 2-1 sambil Arsenal mengutip kemenangan pertama musim ini apabila membenam Swansea di Emirates.\n\n\n\n Aguero yang dibeli musim panas ini, membuktikan nilai dirinya dengan gol pembukaan seawal minit ke-13 sebelum menambah derita Wigan dengan gol kedua pada minit ke-63 dan melengkapkan hatrik dengan rembatan kaki kanan enam minit kemudian.\n\n\n\n\n Namun City seharusnya menang besar tetapi penyerang Carlos Tevez gagal menggandakan jaringan sebelum itu apabila sepakan penaltinya pada minit ke-18 diselamatkan penjaga gol Wigan, Ali Al Habsi.Chelsea yang bertandang ke Stadium of Light, turut mempamer permainan meyakinkan tetapi Fernando Torres yang dimasukkan pengurus Andre Villas-Boas pada pertengahan babak kedua, terus buntu jaringan.John Terry membuka tirai jaringan pada minit ke-18 sebelum Daniel Sturridge menggegar pada minit ke-58 sambil Ji Dong-won merapatkan jurang pada minit-minit terakhir permainan.Namun kejutan terbesar pastinya kekalahan Liverpool yang tewas 0-1 kepada Stoke City menerusi jaringan penalti Jonathan Walters pada minit ke-21 kerana kekasaran Jamie Carragher, sekali gus memberi tamparan buat skuad Kenny Dalglish yang menduduki tangga ketiga liga sebelum itu.\n\n\n\nTottenham Hotspur turut menang 2-0 di gelanggang manakala Aston Villa dua kali bangkit menyamakan kedudukan sebelum mengikat Everton 2-2 di Goodison Park. - Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|