CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Safee digesa manfaat peluang di Cardiff

[Copy link]
Post time 11-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS mendapat lampu hijau daripada majikannya, Pelita Jaya FC kelmarin, tawaran kepada penyerang negara, Safee Sali untuk menjalani ujian pemilihan dua minggu bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City bermula esok, turut mengundang reaksi positif beberapa jurulatih tempatan.\rTawaran kepada pemain kelahiran Kajang itu seperti sudah lama dinantikan ramai penggiat sukan bola sepak di negara ini yang mahukan satu dimensi baru dicipta pemain berkenaan selepas membuktikan kemampuan dalam Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya.\r\n\n\n\n\r   Pengendali Perak, Norizan Bakar menganggap tawaran menjalani ujian latihan bersama Cardiff City boleh menjadi pembakar semangat kepada pemain tempatan lain.\r\r\n\n\n\n\n   Pemergian Safee untuk menjalani latihan bersama Cardiff boleh menjadi perintis kepada pemain lain di negara ini untuk terus meningkatkan prestasi bagi mengikut jejak langkahnya.\rPemilihan itu bermakna orang sudah mula melihat bakat dan kemampuannya. Saya harap dia (Safee) mampu membuktikan kepada pengurusan kelab berkenaan yang produk Malaysia juga mampu bersaing dengan pemain luar, kata bekas pengendali kebangsaan itu.\rSebelum ini kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan Safee ditawarkan menjalani latihan bersama kelab Inggeris berkenaan tetapi Safiq hanya akan menyertainya selepas tugasannya bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia selesai.\rJurulatih Pos Malaysia, Mat Zan Mat Aris pulberkata, peluang menjalani latihan dengan Cardiff perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan dia pasti Safee akan menjadi contoh terbaik kepada pemain muda lain.\r\n\n\n\n\rKutip pengalaman sebanyak mungkin. Memang diakui Safee terpaksa bersaing dengan pemain kulit putih dengan fizikal lebih besar dan usia lebih muda tetapi dia perlu buktikan sesuatu untuk membuktikan dia juga mampu menyerlah di peringkat tertinggi. \rSaya tidak mahu orang bercakap dia dipilih hanya kerana disebabkan pengerusi kelab berkenaan (Datuk Chan Tien Ghee) juga rakyat Malaysia, kata bekas pertahanan Kuala Lumpur dan kebangsaan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.424832 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list