View: 130|Reply: 0
|
Manchester City sedia sembelih Wigan
[Copy link]
|
|
MANCHESTER: Manchester City mensasarkan satu lagi keputusan cemerlang dalam usaha menumbangkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris – Manchester United – apabila berdepan Wigan di laman sendiri hari ini.\rSelepas kedatangan Sergio Arguero dan Samir Nasri akhir bulan lalu, City memulakan kempen Liga Perdana dengan cemerlang apabila mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan.\r\n\n\n\n\r Walaupun kekukuhan benteng mereka terus dipersoalkan, City sudah merakam 12 gol ketika menewaskan Swansea 4-0, Bolton 3-2 dan Tottenham 5-1.\r\r\n\n\n\n\n Dengan perlawanan sulung Liga Juara-Juara menanti di Stadium Etihad minggu depan bertemu Napoli, pengendali City, Roberto Mancini dibelenggu dilema pertamanya dalam menyediakan skuad untuk perlawanan keempat liga menentang Wigan.\rKemenangan ke atas skuad kendalian Roberto Martinez akan melonjakkan City ke tangga teratas Liga Perdana, sekurang-kurangnya sehingga tamat perlawanan antara United dan Bolton di Stadium Reebok lewat hari ini.\rNasri dijangka diturunkan walaupun masih mengalami kecederaan di tangan, tetapi Micah Richards dan Nigel de Jong diragui kecergasan masing-masing akibat kecederaan hamstring dan buku lali.\rKolo Toure, yang kini dapat kembali beraksi selepas digantung enam bulan kerana gagal ujian dadah, dan Owen Hargreaves masih belum memenuhi tahap kecergasan untuk beraksi penuh dan mungkin sekadar memanaskan bangku simpanan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|