CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Nadal ‘naik angin’ main dalam hujan

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dakwa penganjur Terbuka AS hanya pentingkan wangNEW YORK: Rafael Nadal membidas penganjur kejohanan tenis Terbuka AS, kelmarin, mendakwa pemain berdepan risiko keselamatan dalam usaha terdesak mereka menggantikan kerugian masa dialami akibat kejohanan yang menjadi huru hara gara-gara masalah hujan.\rJuara bertahan itu dan pemain nombor empat dunia, Andy Murray serta juara 2003, Andy Roddick bersama-sama mengemukakan bantahan kepada pengadil kejohanan, Brian Earley selepas mereka dikehendaki bermain di atas gelanggang yang baru sahaja dikeringkan selepas hujan berterusan.\r\n\n\n\n\r  “Kami tidak mahu turun ke gelanggang jika hujan, Saya rasa itu tidak adil,” kata Nadal - pemenang kejuaraan Grand Slam 10 kali. \r\r\n\n\n\n\n  Semua jadual perlawanan hari itu terpaksa dibatalkan akibat hujan.\rPemain Sepanyol nyata tidak gembira ketinggalan 3-0 kepada pemain Luxembourg, Gilles Muller di Stadium Arthur Ashe apabila kedua-dua pemain itu di bawa keluar kerana situasi bertambah teruk.\rDalam satu temubual dengan ESPN, Nadal menambah: “Kami tidak dilindungi. Terdapat banyak wang di Grand Slam, tetapi kami adalah sebahagian daripada pertunjukan. Mereka hanya mementingkan wang dan bukan kami.”\rNadal, Murray dan Roddick kini mungkin terpaksa bermain empat hari berturut-turut jika final lelaki dilangsungkan pada Isnin seperti yang dirancangkan. - AFP\r\n\n\n\n\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.115701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list