CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Azamm janji bangkit di Kota Bharu

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Tekanan aksi persahabatan tidak sama dengan perlawanan sebenar’MENJELANG perlawanan kedua Kumpulan C saingan Piala Malaysia menentang Johor FC, esok penyerang pinjaman Kelantan, Azammuddin Mohd Akil berjanji mengembalikan sentuhan gol seperti  pernah dilakukan dalam aksi persahabatan sebelum ini. \r“Tekanan masa perlawanan persahabatan tidak sama dengan perlawanan sebenar. Itu jelas apabila saya gagal untuk menyerap tekanan ketika menentang Sarawak, Selasa lalu sekali gus memaksa saya beraksi di bawah kemampuan sebenar.\r\n\n\n\n\r “Saya kini hanya perlu berdepan dengan harapan tinggi penyokong yang mahu melihat kebangkitan saya. Saya tidak mahu hampakan mereka dan jika diturunkan saya nekad mengembalikan sentuhan seperti pernah ditunjukkan ketika perlawanan persahabatan sebelum ini,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Alex.\r\r\n\n\n\n\n  Pemain pinjaman dari Pahang itu berjaya menunjukkan kombinasi baik bersama penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini termasuk ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dan menang 1-0 ke atas Selangor.\rAlex berpendapat The Red Warriors tidak boleh memandang rendah keupayaan Johor FC dan perlu beri lebih perhatian kepada tonggak berpengalaman lawan, Eddy Helmi Abdul Manan.\r“Kelantan tidak berdepan sebarang masalah menumpaskan Johor FC cuma apa yang penting semua pemain perlu berwaspada dengan kehadiran Eddy Helmi.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.163489 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list