CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Bookie kembali

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Polis Johor intip bookie terima dan jawab telefon secara kerap di Stadium LarkinPERMULAAN kancah bola sepak Piala Malaysia tercemar apabila disahkan seorang bookie ditahan polis dipercayai terbabit dengan sindiket mengendali pertaruhan perlawanan membabitkan Johor dan Kedah di Stadium Larkin, Selasa lalu.Kini, apa yang pasti satu gambaran terjelma betapa perlawanan peringkat kumpulan di lapan gelanggang, Sabtu ini bakal dipantau dengan andaian gelagat sama mungkin berulang mencalar imej bola sepak negara.\n\n\n\nPresiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Md Jais Sarday yang ditemui menyuarakan pengharg aan terhadap kejayaan Polis Johor dan sedia membantu usaha membanteras gejala yang masih menular itu.\n\n\n\n\nBeliau menggesa agar polis mengambil tindakan tegas termasuk bersikap proaktif dengan menyiasat mana-mana pasukan atau pemain yang disyaki terbabit.“Sebelum ini saya akui ada spekulasi mengenai gelagat perjudian tetapi tiada bukti kukuh. Sebelum saingan Piala Malaysia musim ini bermula, kita sudah menyingkirkan empat pemain kerana disyaki terbabit dalam mengatur perlawanan.Jun lalu, seorang bookie dari Singapura dan bekas jurulatih didakwa di tiga mahkamah berasingan atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan membabitkan T-Team, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Presiden.“PBNJ memandang serius dan sedia bekerjasama dengan polis dalam membanteras kegiatan tidak bermoral ini bagi memastikan arena bola tempatan khususnya di negeri ini tidak dibelenggu dengan gejala rasuah,” katanya.\n\n\n\nKegiatan itu terbongkar susulan tangkapan seorang lelaki berusia 28 tahun yang ditahan ketika sedang sibuk mengatur pertaruhan membabitkan perlawanan antara Johor dengan Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Selasa lalu.Kesibukan menerima dan menjawab panggilan telefon berhubung pertaruhan dibuat di tempat duduk utama stadium berkenaan, membuatkan bookie terbabit tidak menyedari dirinya sedang diintip sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Polis Johor yang membuat pemantauan terhadap kegiatan haram itu.Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira jam 10.50 malam.“Hasil maklumat dan risikan yang dibuat, suspek berjaya ditahan ketika dia sedang sibuk menerima dan menjawab panggilan telefon dipercayai daripada individu yang membuat pertaruhan berhubung perlawanan yang sedang berlangsung di stadium berkenaan ketika itu.“Susulan tangkapan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit dan kertas catatan yang memaparkan jumlah pertaruhan dan perlawanan diterimanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.118200 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list