View: 104|Reply: 0
|
‘Saya kini di puncak prestasi’
[Copy link]
|
|
Jaringan Young bantu England hampiri pusingan akhir Euro 2012LONDON: Pemain sayap England, Ashley Young mengakui dia kini berada pada prestasi terbaik selepas penyudah tenang bintang Manchester United itu memastikan kemenangan 1-0 ke atas Wales dalam saingan kelayakan Euro 2012 di Wembley, kelmarin.\rYoung menyudahkan hantaran lintang Stewart Downing pada babak pertama dengan satu rembatan klinikal yang biasa dilakukannya di saat dia menikmati permulaan musim yang sensasi.\r\n\n\n\n\r Selepas berpindah ke United dari Aston Villa sebaik berakhir musim lalu, Young meningkatkan permainannya ke satu tahap baru dan jaringan itu adalah kali ketiga dia meledak untuk kelab dan negaranya dalam tiga perlawanan terakhirnya.\r\r\n\n\n\n\n “Stewart bertindak cemerlang di sebelah kanan dan saya berada dalam kedudukan tepat untuk menyudahkan hantaran itu,” kata Young.\rJaringan Young itu melonjakkan England enam mata di depan pencabar terdekat, untuk berada di tangga teratas kumpulannya dalam kempen kelayakan Euro 2012 selepas menewaskan Bulgaria Jumaat lalu dan skuad bimbingan Fabio Capello itu hanya memerlukan satu keputusan seri di Montenegro dalam perlawanan terakhir bulan depan untuk mengesahkan tempat di pusingan akhir.\r“Kami mahu mendapatkan enam mata daripada dua perlawanan ini dan dapat melakukannya,” kata Young.\rSementara itu, Frank Lampard mengakui dia terdesak untuk membuktikan kritikan terhadapnya adalah silap apabila barisan baru Capello mampu menamatkan karier antarabangsa pemain tengah Chelsea itu.\r\n\n\n\n\rLampard kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Wales, tiga hari selepas dia digugurkan daripada skuad utama ketika menewaskan Bulgaria, 3-0.\rKeputusan Capello meletakkan pemain 33 tahun itu di bangku simpanan di Sofia, dianggap isyarat penamat kepada kelibat Lampard di peringkat antarabangsa. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|