View: 106|Reply: 0
|
Razif kagum Zakry, Fairuz
[Copy link]
|
|
Jurulatih KLRC puji semangat kental gandingan itu\rDUA hari selepas mengendalikan latihan pasangan kelab profesional KLRC, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari, bekas pakar beregu negara, Razif Sidek merumuskan gandingan itu memiliki semangat luar biasa.\r\n\n\n\n\r “Mereka menunjukkan kemahuan dan komitmen tinggi. Apa yang saya suruh, mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh. Ini petanda baik dan membuktikan semangat serta keghairahan mereka untuk kembali menjadi beregu digeruni masih membara.\r\r\n\n\n\n\n “Jadi, saya harap mereka terus menggandakan latihan agar mampu memberi impak positif dalam penampilan sulung di Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan, hujung bulan ini,” katanya semalam.\rRazif yang pernah membimbing skuad negara pada 1994 hingga 1996 berkata, kedua-dua pemain itu datang bertemunya untuk meminta pandangan dan bantuan selepas keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lalu dengan misi utama disasarkan melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012. \r“Buat masa ini, fokus latihan adalah ‘menaik taraf’ tahap fizikal mereka. \rSaya dapati tahap fizikal mereka kurang memuaskan, tambahan baru lepas Aidilfitri. Saya yakin jika fizikal mereka dapat ditingkatkan, mereka boleh bermain dengan pantas dan bertenaga serta menumbangkan sesiapa juga lawan.\r“Jadi, saya akan cuba sedaya upaya membantu mereka mencapai misi disasarkan kerana mereka masih mempunyai lapan bulan mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|