CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Red Warriors tepati ramalan

[Copy link]
Post time 7-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Selangor kena di Kuala Terengganu, Hijau Kuning kejut JohorJUARA bertahan, Kelantan melaungkan amaran awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia apabila memberi persembahan bertenaga menewaskan pasukan Liga Perdana, Sarawak 2-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.\n\n\n\n  Jelas, congakan jurulatih, Datuk M Karathu mengatur strategi berjaya dimanfaatkan dengan baik anak didik walaupun cabaran mereka teruji pada babak pertama tanpa mampu menjaringkan sebarang gol buat melegakan tuan rumah pimpinan Robert Alberts.\n\n\n\n\n  Sebaik wisel permulaan dibunyikan The Red Warriors terus melancarkan serangan ke kubu Sarawak namun ia tidak membutirkan sebarang hasil apabila berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.Nyata kesungguhan ditunjukkan pemain skuad Pantai Timur itu terus menemui jalan buntu apabila diikat seri 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.Sejurus separuh masa kedua disambung, skuad kendalian jurulatih berpengalaman kembali melancarkan serangan sebelum penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya meletakkan Kelantan pada minit ke 69.Sarawak yang ketinggalan satu gol bagaimanapun tidak memberi ruang mudah apabila berjaya mengekang banyak peluang keemasan yang dicipta penyerang Kelantan.\n\n\n\nHarapan 20,000 penyokong tuan rumah untuk melihat kebangkitan Sarawak musnah apabila seorang lagi pemain kebangsaan S Chanturu menolak baik bola hantaran Norshahrul pada minit ke 85.Artikel lain:Johor gagal raih tiga mataTerengganu bermula garang

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 1.096327 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list