CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

Buru 'Misi 33'

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kami sudah sedia penuhi impian: Amri\rSELANGOR melancarkan misi menjulang kejuaraan buat kali 33 dalam kempen Piala Malaysia yang kini mencecah usia 90 tahun, selepas gagal menjulang sebarang trofi Liga Malaysia, musim ini.\r\n\n\n\n\r    Dengan slogan ‘Misi 33’, Selangor yang meraih takhta kejuaraan sulung pada 1922 dan kali terakhir mengucup piala berprestij itu lima tahun lalu, tampak yakin sasaran itu mampu digapai dan bukan sekadar angan-angan kosong apabila tirai saingan disingkap, malam esok.\r\r\n\n\n\n\n   “Tidak mustahil, bagi saya tetap berpegang teguh dan Misi 33 adalah tidak lain membawa Piala Malaysia kembali ke pangkuan Selangor,\" kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad selepas melancarkan ‘Misi 33’ bersama Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC), Selangor fc.com dan Ultrasel (Ultras Selangor) di Shah Alam, semalam.\rSelangor yang pernah dinobatkan sebagai naib juara 15 kali, diundi dalam Kumpulan D bersama Kuala Lumpur, T-Team dan Polis dengan memulakan saingan bertemu T-Team di laman lawan, malam esok.\rSementara itu kapten Merah Kuning, Amri Yahyah juga senada dengan Mokhtar dan melaungkan semangat pemain yang kini membara untuk menggalas misi besar itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, esok.\r“Inilah satu-satunya piala yang tinggal tahun ini dan kami akan berusaha mendapatkannya. Semangat kami tidak pernah pudar walaupun pasukan lain sentiasa memberi saingan ketika berdepan Selangor.\r\n\n\n\n\r“Kami juga sudah bersedia untuk Selasa ini (esok) dan akan mempraktikkan apa yang jurulatih (K Devan) berikan. Apa yang tinggal kini ialah mempersembahkan permainan terbaik nanti,” katanya yang berharap rakan sepasukan dapat mengembalikan era kegemilangan Gergasi Merah musim ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 2.390192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list