CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Zep

CQ40 Problem

[Copy link]
Post time 4-4-2012 12:38 AM | Show all posts
Jadi nasihat aku sekali lagi, kalau nak beli laptop baru budget jangan beli yang ada GPU chipset.Beli yang biasa, pakai intel intregrated (bukan sebab dia bagus, tapi heat dia agak rendah dari Nvidia-Ati)


salam tuan, tnya skit yg ni. biasa nya yg integrated ni kureng pawer kalau nk main game. kalau ada dedicated gpu bukan ke lagi baik?
kalau laptop yg mahal tu, gpu ngan cpu dia pun solder sekali ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 02:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by hafizam at 4-4-2012 02:46
salam tuan, tnya skit yg ni. biasa nya yg integrated ni kureng pawer kalau nk main game. kalau a ...
maidencrewz Post at 4-4-2012 00:38



Salam, ini cuma dari pengalaman saya baiki laptop, saya bukannya nak kata chipset-chipset AMD-ATI  atau Nvidia tak bagus (chipset ni bagus), tapi masalah utama Laptop bermasalah overheating adalah disebabkan design sistem Heatsink laptop-laptop tersebut.

Sistem cooling yang fail untuk laptop yang menggunakan chipset-chipset tersebut berkongsi (processor + Gpu ) dan ada (processor + Gpu + Southbridge).

Biasanya chipset-chipset Nvidia atau AMD Radeon ini berkerja dengan suhu yang tinggi (dalam 55C-65C ada juga 70c ) dan bila dikongsi bersama dengan processor, suhu yang perlu dikeluarkan dan distabilkan pada heatsink adalah tinggi (kadang-kadang kipas yang besar pun tak dapat keluarkan haba ini sepenuhnya).

Untuk chipset-chipset ini fail/rosak biasanya mengambil masa 1-4 tahun usia laptop.Rosak secara perlahan-lahan disebabkan overheating.


Kalau rajin baca post ni:http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2012/03/tips-membeli-laptop-baru-yang-tahan.html


Laptop yang guna grafik chipset yang aku tau ada 3 jenis.

1.Display chipset solder di motherboard + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain.(kalau overheating, kos nak baiki mahal serta masalah mungkin berulang balik)



2.Display card slot MXM + heatsink berkongsi dengan processor + chipset lain (overheating tapi baiki cuma tukar card display je+ senag nak uprade).



3.Display chipset solder di motherboard + heatsink tapi heatsink dengan kipas asing dengan processor + chipset lain.(biasanya tak ada masalah overheating serta senag nak upgrade) ada juga yang jenis pakai slot MXM.



Masalah overheating pada Laptop guna garfik chipset macam tak berkesudahan, sekarang yang dah tau model bermasalah display chipset overheating adalah Acer 4540, 4551, 4741G, dan ada juga beberapa model Asus yang terkena masalah ini.Semua brand Laptop ada masalah ini, bukan Compaq-HP sahaja, Apple Macbook Pro pun ada masalah ni.

Bukan nak kata Laptop yang guna chipset intel takda masalah.Laptop guna chipset intel juga ada masalah terutama bahagian power distribution di motherboard serta bios corrupted.

Tapi masalah membabitkan BGA chipset (northbridge, southbridge, display chipset) adalah kos yang paling mahal dan paling berisiko.Risiko masalah mungkin berulang juga adalah tinggi walaupun dah tukar chipset baru.

Banyak kedai yang ada BGA infrared machine, claim boleh buat tukar bga chipset, tapi kena tau, nak operate machine tu kena ada ilmu, bukan boleh terus guna, baca post ni :http://wetfusion.blogspot.com/2012/04/fusion-technica.html.


Untuk tukar chipset atau reball perlu ada thermal profile serta latihan yang kerap untuk mahir.Kalau salah buat board rosak serta chipset rosak.Kalau tak pernah buat dan takda guru atau rakan yang tau thermal profile, memang akan kena buat try & error.Setiap chipset ada thermal profile yang tersendiri, tak sama.Kalau tak pandai, asik rosak jelah board custemer.Last-last BGA machine tu buat pameran je la.

Sebab tu kebanyakkan kedai buat reflow sahaja sebab risiko jika buat reball atau tukar chipset baru adalah tinggi walaupun ada sesetengah kedai tu ada BGA infrared machine tu(sebagai pameran je tu ).Tapi tengok juga harga kedai tu bagi.Paling murah rm100+waranti 1bulan.


Jadi, jika owner hanya nak pakai lama Laptop serta guna laptop buat kerja ofis, tengok, movie atau dengar lagu serta main game yang ringan je , nasihat saya untuk langkah selamat, beli laptop yang pakai intel chipset sahaja.Bukan pakai processor intel serta pakai grafik chipset dari Nvidia atau ATI.

Contol Dell 630/620, ada 2 version ada pakai nvidia ada pakai intel tapi processor pakai intel, tapi yang bermasalah yang pakai nvidia dulu.
  
Laptop model yang sekarang guna technologi nvidia optimus atau yang guna dual chipset (intel atau Amd radeon) tak tau lagi bermasalah atau tidak sebab masih baru.Tapi technology dicipta ni aku rasa dalah untuk solve masalah overheating tu, sebab jika chipset display fail attau overheating , korang boleh disable chipset tu dan guna hanya intrigated intel display yang ada bersama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 05:13 PM | Show all posts
Reply 42# hafizam

penerangan yg terbaik dari org yg mahiR!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 12:29 AM | Show all posts
Sebenarnya Masalah laptop awak  tu  senang sangat nak  settle. Take sampai 10 minit pun nak  repair.
Hantar je kat  saya byr dlm rm100 je tolong kekawan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 06:25 PM | Show all posts
dia dah beli laptop baru la oi.. berkurun ...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 04:19 AM | Show all posts
Salam. saya pnye laptop pon da start blink2 nie. berdasarkan ape yg saya kaji mmg mslh nie akn sntiasa brterusan even da repair. So sy igt na jual aje laptop nie. Tp ade sape2 twu x kt mne tmpt yg ade na beli laptop yg da jd cmni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2013 02:43 PM | Show all posts
hafizam posted on 4-4-2012 02:02 AM
Post Last Edit by hafizam at 4-4-2012 02:46
Laptop model yang sekarang guna technologi nvidia optimus atau yang guna dual chipset (intel atau Amd radeon) tak tau lagi bermasalah atau tidak sebab masih baru.Tapi technology dicipta ni aku rasa dalah untuk solve masalah overheating tu, sebab jika chipset display fail attau overheating , korang boleh disable chipset tu dan guna hanya intrigated intel display yang ada bersama.

switchable graphic tu cuma utk power preservation... lower end gpu utk basic display, higher end gpu utk task yg perlukan lbh graphic power... xde kaitan nak solve masalah overheating tu.. ttp jadi gak..

cooling system masih sama gak.. mostly on lower end lappy (tmasuk gak business) masih guna single heatpipe cooler with single fan... some been upgraded dual heat pipe w single fan... only on higher end models use double heat pipe double fan (double your money k..................)

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 02:44 PM | Show all posts
hahahaha.. motip aku nak reply yg thn lepas punya?  sbb aku br perasan........... ngehngehngeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 10:59 AM | Show all posts
halimi78 posted on 10-3-2013 02:43 PM
switchable graphic tu cuma utk power preservation... lower end gpu utk basic display, higher end ...


Betul, masalah overheating tetap jadi jugak.Saya dah ada terima beberapa model laptop yang guna technology optimus atau swichable grafic sejak dari akhir tahun lepas.Masalah overheating dan chipset GPU fail masih berlaku. Last edited by hafizam on 11-3-2013 11:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:13 PM | Show all posts
hafizam posted on 11-3-2013 10:59 AM
Betul, masalah overheating tetap jadi jugak.Saya dah ada terima beberapa model laptop yang guna  ...

yup... betoi.. even yg beli riban2 pong masih gak ada kena lagu tu...

tmasuk model mobile workstation...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 1.144953 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list