CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: n.keaida

darjat dalam bercinta.

[Copy link]
Post time 24-8-2011 04:39 PM | Show all posts
sebelum korang mula meroyan kutuk2 ahlul bait ni, aku nk tanya Apakah 5 Keutamaan Ahlul Bait? Haa...aku bagi beberapa minit utk korang fikir...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok, tahu ke x?

Kalu x tahu JGN DUK MEROYAN kutuk diorang kalu soalan aku Keutamaan Ahlul Bait pun korang x tahu? kalu pun depa nak meroyan2 kemuliaan keturunan depa, tu HAK depa la. Dah memang tu apa yg tertulis dlm al quran n hadis mengenai keutamaan Sadah (ahlul bait) berbanding bukan Sadah (korang). Ya, ya, ya....n ya....n sekali lagi YAAAAAA...aku tahu sangat hujah yg selalu korang guna (setiap manusia sama di sisi Allah <-- hujah basi yg selalu korang guna)...n sekali lagi YAAAAAA (lenguhnya duk ulang mende serupa) aku tahu depa ni kalu wat dosa depa masuk neraka gak - sama cam korang. Abis tu, bila masa plak depa fikir hanya kerana depa Ahlul Bait, depa ada diskaun dari malaikat yg jaga neraka...korang yg meroyan mengutuk2 ahlul bait tapi 5 Keutamaan Ahlul Bait pun x tahu...kalu mende simple ni pun x tahu, layak ke korang meroyan2 kutuk ahlul bait?

Weiii, masalah ahlul bait adalah sebahagian daripada Maslahah Masyarakat Islam. Bukan cam skrg ni umat Islam cam nak tak nak je mengambil berat permasalahan mereka. Weiii, mereka ni dijaga semasa zaman pemerintahan khalifah sebelumnya n ada undang2 yg melarang bukan ahlul bait mengahwini ahlul bait. Even Khalifah Umar pun melarang mende yg sama. So, korang ni sapa nak meroyan2 nak mengutuk golongan Syed yg nak jaga keturunan mereka? Sekali lagi, korang tu SAPA??

i rest my case Your Honour...

5 Keutamaan Ahlul Bait
1. Memperolehi harta ghanimah
2. hak selawat dari umat Islam
3. pengharaman mengambil zakat dan sedekah
4. Mencintai Ahlul Bait
“Umatku yang pertama kali aku beri pertolongan (Syafa’at) kelak di hari Kiamat, adalah yang mencintai Ahli bait-ku.”
(H.R. al-Dailami)

5. Mengutamakan Ahlul Bait

Di dalam hadis Thaqalain, yang diriwayatkan oleh Zaid bin Al-Arqam RAmenyebut: "Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama):Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklahkalian ambil dan berpegang teguh padanya dan (kedua), Ahli Baitku.Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkankepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"


Rasulullah SAW pernah bersabda: "Apabila bintang-bintang lenyap,lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pulapenghuni bumi." (HR Ahmad)

Sebuah hadis riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslimmenyebut: "Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghunibumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkan AhlulBaitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama).Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi Ahlul Baitku, mereka akanberselisih, kemudian menjadi kelompok iblis."

Daripada Abu Dzar, menyatakan: "Ahlul Baitku di tengah kalian ibaratbahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yangketinggalan ia binasa." (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Thabrani)

Abu Dzar Al-Ghifari RA mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAWbersabda: "Jadikanlah Ahlul Baitku bagi kalian sebagai kepala bagijasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala."

Jelas sekali bahawa keutamaan Ahlul Bait Rasulullah SAW diperakui dalamhukum syarak mengikut hadis2 mutawatir yang tidak menimbulkan sebarangkekeliruan. Keutamaan ini diperkukuhkan oleh hadis2 sahih bahawaketurunan Baginda, Imam Mahdi, akan menjadi khalifah di akhir zaman.

Rasulullah SAW telah bersabda: "Dunia tidak akan berakhir sehinggabangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanyamenyerupai namaku." (HR At-Tirmidzi)

Dari Tufail dari Saidina Ali KW, Nabi SAW bersabda: "Jika dunia inihanya tinggal sehari sahaja, nescaya Allah akan bangkitkan seoranglelaki dari keluargaku yang akan memenuhi dengan keadilan sebagaimanaia telah dipenuhi dengan kezaliman."

Di dalam menjaga perhubungan dengan Ahlul Bait, Abu Hurairah RA berkatabahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang yang terbaik di antarakalian ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap keluargaku setelahaku tiada."

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Empat golongan yang akan memperolehisyafaatku pada hari kiamat: Orang yang menghormati keturunanku, orangyang memenuhi keperluan mereka, orang yang berusaha membantu urusanmereka pada saat diperlukan, dan orang yang mencintai mereka denganhati dan lidahnya." (HR Ahmad)

Daripada Abdullah ibnu Umar RA yang mengatakan: "Allah SWT menetapkantiga `hurumat' (hal-hal yang wajib dihormati dan tidak bolehdilanggar). Barangsiapa menjaga baik-baik ketiga-tiga `hurumat' itu,Allah akan menjaga urusan agamanya dan keduniaannya. Dan barangsiapatidak mengendahkannya, Allah tidak akan mengendahkan sesuatu baginya.Para sahabat bertanya: Apa tiga hurumat itu, ya Rasulullah? Bagindamenjawab: Hurumatul Islam, hurumatku dan hurumat kerabatku." (HRAt-Thabrani)

Dari Abu Said Al-Khudri RA, katanya, telah bersabda Rasulullah SAW:"Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seseorangtidak membenci kami Ahlul Bait, melainkan Allah akan memasukkan merekake dalam neraka." (HR Al-Hakim)

Ketika puteri Abu Jahal meninggalkan orang tuanya untuk hijrah keMadinah, berkata beberapa orang Muslimin kepadanya: "Hijrahmu keMadinah tiada gunanya, kerana orang tuamu pasti akan menjadi umpanneraka". Ketika anak perempuan itu melaporkan cemuhan orang terhadapdirinya itu kepada Rasulullah SAW, baginda lalu bersabda: "Kenapasampai ada orang yang mahu mengganggu diriku dengan mencerca nasab danketurunan kerabatku? Sungguhlah, siapa yang mengganggu kerabat dannasabku bererti ia menggangguku, dan siapa yang menggangguku iamengganggu Allah."

Daripada Jabir ibnu Abdullah RA yang menceritakan beliau sendirimendengar dari Rasulullah SAW dalam suatu khutbah antara lain menyebut:"Hai manusia, barangsiapa membenci kami, Ahlul Bait, pada Hari KiamatAllah akan menggiringnya sebagai orang Yahudi." (HR At-Thabrani)

Rasulullah SWT telah menegaskan dalam sabda Baginda: "Siapa yang membenci Ahlul Bait, ia adalah seorang munafik." (HR Ahmad)

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 04:47 PM | Show all posts
kalo orng yg pangkal nme sheikh plak? ade kna mngena ngan syed gak x
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 06:31 PM | Show all posts
pangkal nama aku 'Khairul'..nk cari yang nama khairul jgak ke..mamposss..
racketburuk Post at 24-8-2011 15:54



   kezen aku semua pangkal khairul....meh r masuk pinang....

















khairul alwadi ada, khairul shahril ada....pilih2
kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 06:35 PM | Show all posts
tak nak la..jantan..aku ni straight tau..ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 10:03 PM | Show all posts
masa first time jadi couple tu tak kenal dgn family ker dulu?klu kenal mesti dah tau awal2 kehendak family masing2...ni jenis berahsia bagai la ni....bagi aku la kan...dah dtg jumpa family dia dari situ leh tau penerimaan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 10:07 PM | Show all posts
Syed sharifah tu bukan darjat. Keturunan aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2011 07:56 AM | Show all posts
berjuang ke bendanya..
kalau kahwin jugak tapi keluarga lelaki tu tetap tak suka..
sampai matilah duk berjuang supaya diri diterima orang..
tak penat ke... tak mau bahagia ke....

so moved on... memanglah patah hati
tapi bukan makna kehidupan tamat masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:31 PM | Show all posts
Reply 6# ruffleen

I like your statement.. Seorang wanita tabah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.110556 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list