CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2291|Reply: 1

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA! ::

[Copy link]
Post time 17-8-2011 02:09 PM | Show all posts |Read mode

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah
RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah
pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar
merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!"

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap
kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi
aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah
ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar
memandang saya.

"Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak
sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris
sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya
tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu
saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia
tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak
tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk.
Nak beli
ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin
boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya
selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja
kat kilang lama ke?" saya tanya.

Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma
gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya.
"Anak yang dua orang tu
belajar lagi ke?" saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik.
Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak
berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum
malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan
tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh
bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab
kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki
ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni.
Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama
dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal.
Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami
berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:33 PM | Show all posts
Cerita penuh maksud...suka cerita bercorak gini..slow tp menusuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.033026 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list