CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 0

Maklumat tol masa raya

[Copy link]
Post time 16-8-2011 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Aku dapat emel ni tadi.. tak diketahui kesahihannya

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskauntol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara SelatanHubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya LaluanKedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringanserta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11.

* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratuskepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan4 Sept 11

* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semuakelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi(Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengahmalam 27 Ogos hingga 11.59 malam 29 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratusuntuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup(Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga11.59 malam 3 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semuakelas kenderaan pada 27 Ogos hingga 4 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuksemua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengahhari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaunRM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam pagihingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelaskenderaan mulai 12 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah hari 4 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaankelas satu mulai 6.01 pagi 28 Ogos hingga 6 pagi 31 Ogos.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH),Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA),Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga):diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga11.59 malam 29 Ogos.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk):diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga11.59 malam 5 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 27 Ogos hingga 8 pagi 5 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah KelangSelatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 29 Ogosmulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratusbagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengahmalam 4 Sept.

- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.255367 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list