|
Dadah bermutu rendah boleh rosakkan otakLOS ANGELES: Penggunaan \'crystal methaphetamine\' atau pil khayal kini menjadi dadah terbaru mendapat pilihan di Hollywood selepas kokain.\n\n\n\n “Dadah itu mula diedarkan dan semakin mendapat sambutan,” kata pakar ketagihan dan penulis Younger (Sexier) You, Dr Eric Braverman. \n\n\n\n\n\n “Lagipun, ia tidak perlu diimport dan mungkin boleh dibuat di rumah. Oleh itu, ia antara yang sukar untuk dikesan oleh polis atau dikawal,” katanya.Beberapa selebriti mengakui mereka mula menggunakan dadah terbabit. Di sebalik kejayaannya, Fergie, penyanyi ‘Black Eyed Peas’, mengakui sudah ketagih dengan dadah berkenaan.Tidak lama selepas itu, anak lelaki Farrah Fawcett dan Ryan O’Neal, Redmond turut mengambil bahan berkenaan selepas pihak berkuasa menemui dadah itu di rumahnya di Malibu.Kesan kepada ketagihan dadah khayal ini adalah ia boleh menjejaskan kesihatan dengan dahsyat. Dadah itu boleh menjejaskan keupayaan otak untuk mengawal bahagian yang mengeluarkan isyarat keseronokan dan ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, kata Braverman.\n\n\n\nPenggunanya juga akan mendapat tenaga fizikal berterusan sekiranya terus menggunakannya. Biarpun diketahui mempunyai kesan kemusnahan yang menakutkan, ‘cyrstal meth’ masih terus mendapat tempat dalam industri hiburan.“Sering kali banyak tekanan untuk mempertahankan hubungan Hollywood dan ‘crystal meth’ meningkatkan prestasi seksual seseorang,” kata Braverman.Alasan lain yang menjadikan dadah ini semakin popular dalam industri perfileman disebabkan ‘meth’ yang biasanya dirujuk sebagai kokain bermutu rendah disebabkan ia lebih murah berbanding dadah lain.“Dadah ini amat murah dan dibuat daripada bahan kimia yang boleh anda dapati dari kedai ubat,” kata pengasas dan pengarah pusat rawatan alkohol dan dadah Passages Malibu, Pax Prentiss.“Dadah paling mahal adalah heroin dan ia tidak biasa di kalangan seseorang selebriti yang mempunyai ketagihan heroin untuk membayar sejumlah AS$500 (RM1,500) sehari atau AS$200,000 (RM600,000) setahun.“Tetapi bagi dadah jenis ini, ia hanya membabitkan kos antara AS$20 (RM60) hingga AS$40 (RM120) sehari menyebabkan meth semakin diminat,” katanya. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|