CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3192|Reply: 12

RM317,000 Untuk Tender Plat Kenderaan Baru Kerajaan Melaka!

[Copy link]
Post time 13-8-2011 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Kami sememangnya kesal dengan tindakan Kerajaan negeri Melaka, yang kami rasakan sangat membazir.Mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 317,000 untuk pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan yang baru,rasanya bukan satu langkah yang bijak.


Maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta itu diperoleh dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

No pendaftaran kereta tersebut adalah dari MCC1 sehingga MCC 15.Dipercayai ianya akan digunakan untuk kenderaan rasmi baru kerajaan negeri iaitu Nissan Teana.Pada pendapat kami, kegilaan kerajaan-kerajaan negeri, tak kiralah dari negeri mana sekalipun, ianya perbuatan yang membazir.

Dengan duit sebanyak itu, banyak program-program untuk menbangunkan rakyat dapat direncanakan.Suruh rakyat bijak berbelanja, tapi urus duit macam duit sendiri, itulah yang susahnya dengan pemimpin sekarang.Tidak ada perlunya Kerajaan Negeri Melaka meneruskantrend kegilaan no pendaftaran ini untuk kenderaan jabatan.- BeritaSemasa-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2011 10:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by serulingsenja at 13-8-2011 10:21

Reply 1# serulingsenja

Kalau sebelum ini nombor plat kenderaan seperti gambar di atas adalah yang termahal iaitu TAY 1, selepas ini gelaran nombor plat termahal akan berpindah milik. Siapalah agaknya gerangan yang memakai nombor plat tersebut?  

Sekali tengok harganya, berpeluh juga sekejap. Individu-indivdu yang gilakan nombor plat kenderaan yang cantik dan ada “ong” memnag tak kisah setakat harga minyak naik 5 ker, 15 ker, harga barang naik ker. Yalah nama pun orang kaya, harga nombor plat pun dah sama macam harga rumah sebuah. Orang kaya, cara berbelanja pun macam orang kayalah kan. Takkanlah pakai kereta Bently beli mahal-mahal, pakai nombor yang seakan Yamaha Ego?


Harga tender nombor plat pendaftaraan kenderaan “MCA 1” RM300,100


Nombor plat pendaftaran  kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga  RM300,100 dan merupakan tawaran  tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini. Kementerian Pengangkutan  berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1”  yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.
“Pada masa sama, nombor pendaftaran  kenderaan “MCA 2” turut ditender dengan harga  RM101,000 dan “MCA 8” pada harga  RM88,168.00. “Manakala  “MCA 888”  mendapat tender terbanyak dengan 15 bidaan dan ia ditawarkan  pada harga RM15,400,” kata kementerian itu dalam  satu kenyataan. – Utusan

Kalau sebelum ini kecoh berkenaan nombor plat kenderaan MCA ini apabila timbul isu kononnya ia sdah pun dibolot oleh orang-orang MCA. Benarkah?Mari semak semula laporan akhbar pada bulan September 2010 lalu :

  • 20 September 2010 – Ada laporan mengatakan nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ yang bakal didaftarkan tidak lama sudah kehabisan sebelum ini. Ini disebabkan desakan ahli-ahli parti MCA supaya mereka diberi keistimewaan untuk  memiliki nombor berkenaan sekali gus menyebabkan kementerian berkenaan  menyerahkan kesemua nombor pendaftaran bermula daripada MCA 1 hingga MCA  9999 kepada parti terbabit.Malah cakap-cakap mengenai perkara itu mengaitkan kononnya bekas Menteri  Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggunakan kuasa vetonya  untuk mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membekukan penjualan  nombor pendaftaran itu agar dikhususkan kepada MCA. Tetapi beliau menafikannya.
  • 21 September 2010 – Isu nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ bertambah hangat  apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menunjukkan bukti  bahawa terdapat individu yang cuba mengehadkan nombor plat dengan huruf  tersebut kepada golongan tertentu sahaja dan beliau  menunjukkan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani  Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee  Keat yang mahu nombor plat berhuruf ‘MCA’ tidak dibuka kepada tender  awam. Surat tersebut ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan  Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan dan isi kandungannya adalah seperti  berikut. Sekali lagi Datuk Seri Ong Tee Keat menafikannya.
  • 22  September 2010 – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat  Hassan (gambar) mengesahkan beliau pernah menerima surat yang meminta  agar nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula dengan MCA 1  hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada awam.
  • 23 Disember 2010 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka  tawaran  nombor pendaftaran kenderaan siri “MCA 1″ hingga “MCA 999″  bermula 8  pagi (24 Disember 2010 dan berakhir 12 tengah hari 14 Disember 2010.Ketua   Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata orang awam yang berminat   bolehlah memasukkan tawaran itu ke dalam peti tawaran di Jabatan   Pengangkutan Jalan Melaka, Kompleks JPJ Bukit Katil, Melaka. Borang   Tempahan Nombor Pendaftaran (M.V 10) boleh didapati di pejabat JPJ   Negeri/Cawangan atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPJ   (www.jpj.gov.my).
  • 24 September 2010 – Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan notis kepada  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan arahan surat oleh  pihak kementerian sebelum ini agar tender nombor pendaftaran kenderaan  iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada orang awam.


P/S : Akhirnya siapa yang untung? JPJ juga. Agak-agaknya berapa kutipan terkumpul bagi nombor plat kenderaan MCA-MCA9999?

PP/S : Nampaknya masih ramai lagi di luar sana yang sanggup membeli nombor plat dengan  kombinasi tertentu dan maksud yang tersirat, sehingga berhabisan keluar  puluhan ribu dan hampir sekali ganda harga sebuah kereta, ada apa pada  nombor plat kenderaan seperti ini? -BeritaSemasa-

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 03:42 PM | Show all posts
kayalah JPJ...sebab tu dorang ta payah susah2 wat roadblock collect saman cam polis sebab dorang senang dpt duit...kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 03:46 PM | Show all posts
tak membazir sebab Melaka yg buat...
kalau sesetengah negeri lain yg buat, media2 arus perdana akan attack hari2...cakap benda ni membazir...

kat malaysia ni majoriti kita tidak melihat isu, tetapi kita lihat siapa yg buat/bercakap....

*renung2kan dan selamat beramal....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 04:50 PM | Show all posts
kayalah JPJ...sebab tu dorang ta payah susah2 wat roadblock collect saman cam polis sebab dorang sen ...
eco_internet Post at 13-8-2011 15:42


Sapa kata jpj x buat roadblock...abg J berkeliaran di sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 05:01 PM | Show all posts
Reply 5# myra316


paling sentap kalau kena tahan dengan JPJ... dah la suka buat roadblock kat simpang masuk rumah aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2011 10:58 PM | Show all posts
jpj jln tgh jammed pon nk bt roadblock jgk..haram btol..
nk bt sgt, bt time hujan laaa...
kaya btol melaka ni...sumew pakai no tempah je,,
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 11:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by vespa_oren at 13-8-2011 23:13

apa kata korg gie check kerajaan negeri lain punya no plat bru komen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2011 11:04 PM | Show all posts
lagi satu berita semasa online nie kebanyakn info dia bnyk cedok daripada cariforum gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 11:06 PM | Show all posts
pastu sibuk nak buat ayat sarsatik lak kerajaan negeri Melaka buat boleh, apa kata ko gie check kerajaan negeri Perak punya no plat toyota masa Nizar pegang
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:33 AM | Show all posts
rakyat jugak yg bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 09:59 AM | Show all posts
nbusuk2 pung org kita........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 11:22 AM | Show all posts
melaka xpe sb kerajaan..
kalau pembangkang sah2 msk utusan meloya ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073264 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list