CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sakurakuri

Sekuntum Melor Buat Abang

[Copy link]
Post time 24-8-2011 02:23 PM | Show all posts
setia menanti kesudahan crite ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 02:59 PM | Show all posts
LA..................INGAT DAH ADE N3......SAMBUNG LA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 03:45 PM | Show all posts
Minggu ini merupakan minggu terakhir cuti penggal persekolahanku, dan esok aku akan kembali ke sekolah dan akan naik ke darjah lima.

Selesai mengemaskan barang-barangku, aku mengatur langkah ke beranda, mungkin abah sedang menantiku untuk berkongsi cerita dan berbual-bual sambil bergurau dengan abah.
       
Sejak dari aku kecil lagi itulah rutinku apabila selesai mengaji Al-Quran. Mendengar cerita abah di verandah. Cerita-cerita abah takkan habis sampai bila-bila untuk pendengaranku.

Saat-saat begitu jugalah masa untukku bermanja dengan abah tersayang, dan abah gemar sekali mengusikku yang suka merajuk ini. Lantas, abah pujukku dengan cerita-cerita lucu penuh tauladan hikayat Nasuruddin yang lucu atau hikayat seribu satu malam yang mendebarkan.
       
Tatkala kakiku melangkah ke bendul pintu, aku ternampak abah dan Umar duduk di tangga menghadap pekatnya malam.

Kakiku jadi kaku di situ.

Aku jadi diam tidak berkutik.

Cemburuku meluap-meluap. Rasa benciku pada Umar jadi bertambah-tambah. Mudah sekali dia merampas abah dariku. Tangan tua yang biasa memelukku dulu begitu mesra dengan bahu Umar. Umar rebahkan kepalanya kebahu abah. Mungkin rindu pada abah belum surut. Mesra sekali kepala Umar abah usap.
       
Air mata ku bergenang. Entah kenapa. Cemburu mungkin. Umar bermanja dengan abah? Ah.. meluatnya aku orang lelaki bermanja begitu. Abah kelihatan sugul. Ada air mata ditubir mata tua abah yang berkedut seribu itu. Abah mengesat air matanya yang hampir jatuh itu dengan lengan baju melayunya.

       
“Jangan bersedih abah, ini bahagian Umar. Umar redha Allah dah tentukan macam tu, andai setakat ini saja Allah beri, Umar terima, Umar tak mahu lagi susahkan abah dan umi.. cukuplah dulu abah dan umi susah masa Umar jauh. Umar nak jadi anak soleh untuk abah dan umi..” ah.. Umar, drama apa yang kau mainkan?
       
“Abah akan usahakan Umar.. abah akan usahakan bagi bahagia dan kasih sayang yang Umar pernah hilang dulu. Kamu tumpulah pada belajar, abah dan umi akan usahakan selagi nyawa abah ada.”
       
Kulihat Umar menukupkan mukanya dengan kedua-dua tangannya. Dia menangis. Abah menepuk-nepuk bahunya. Lembut. Bahunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Dan aku jadi makin tidak faham dengan situasi yang sebenar.
       
“Adik....”. Aku terkejut dengan kehadiran umi yang tiba-tiba di belakangku
       
“Bang Aji, Umar, mari kita makan, Along dan Angah masak special malam ni”. Umi tersenyum manis. Abah dan Umar bangun serentak, mata Umar merah. Namun masih ada senyum ikhlas yang terukir dibibirnya untuk umi, dan mungkin juga untuk ku. Mungkin.
       
Malam itu, di meja makan gelak tawa menghiasi. Bahagia. Namun bagai ada sesuatu yang dirahsiakan dariku. Umar makan dengan berselera sekali. Abah tidak putus-putus meletakkan lauk di pinggan Umar, seperti yang abah selalu lakukan untukku. Seketul ayam goreng yang masih panas itu abah letak ke dalam pingan Umar, lantas abah cubit-cubitkan jadi bahagian yang kecil.
       
Umar tersenyum.
       
Aku hanya amati dengan jelingan tajam. Tempatku di sebelah abah juga tanpa malu Umar rampas dariku. Umar sudah menunjukkan hebatnya dia. Aku jadi sebak tanpa kasih sayang abah itu.

Tiba-tiba tanpa ku sedar, umi meletakkan ayam goreng ke pinggan ku, juga dicerai-ceraikan isinya. Along juga menambahkan nasi kepingan ku. Mungkin umi faham situasiku kini.
       
“Adik..., ini untuk adik..makan banyak sikit tau”, Umar meletakkan sayur kepingganku.
       
Aku benci begitu!!

Aku benci kepura-puraan Umar. Berlagak baik. Air mataku bergenang. Cepat-cepat aku mencuci tangan dan berlari ke bilik. Meja makan aku tinggalkan begitu sahaja tanpa permisi.

Semuanya kaku di situ.

Dan aku menangis semahu-mahunya di katil sehingga terlelap.

Tanpa sesiapa yang pujuk....dari abah atau umi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 03:51 PM | Show all posts
Maaf....tiada masa untuk edit...selamat membaca ya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 08:30 AM | Show all posts
ala....kecik ati le plak...{:1_146:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 23# sakurakuri


dah takde sambungan ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2011 11:10 PM | Show all posts
Reply 23# sakurakuri

masih menunggu new n3
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.039002 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list