View: 229|Reply: 0
|
Jangan bazir ketika berbuka
[Copy link]
|
|
Warga UAE kesal bertan-tan makanan dibuang setiap hari pada Ramadan \rDUBAI: Seorang wanita Belgium yang menetap di Dubai melancarkan satu kempen bertujuan menghapuskan masalah pembaziran makanan sepanjang Ramadan tahun ini.\r\n\n\n\n\rEls Huybrechts berkata, bertan-tan makanan dibuang setiap hari selepas berbuka puasa, sesuatu yang bercanggah dengan matlamat bulan suci itu.\r\r\n\n\n\n\nSehubungan itu, beliau memulakan sebuah kumpulan digelar ‘Make Iftar Modest’ (Bersederhana ketika Berbuka) bertujuan menggesa penduduk dan pengusaha restoran menghentikan pembaziran makanan.\rOrang ramai, firma dan pertubuhan akan dapat menyertai kumpulan itu dalam Facebook yang akan diwujudkan selepas ini, katanya.\rHuybrecths, 36, juga bercadang untuk meyakinkan pengusaha hotel dan restoran supaya mengurangkan saiz majlis berbuka puasa.\r“Selepas berbuka puasa, majlis iftar itu meninggalkan banyak lebihan makanan dan semua itu terpaksa dibuang.\r\n\n\n\n\r“Perkara ini memalukan sedangkan Ramadan sebenarnya adalah supaya kita mengamalkan kesederhanaan dan menambah kebajikan. Selain itu, wujud sikap untuk menunjuk-nunjuk di kalangan pengendali hotel empat atau lima bintang apabila mereka bersaing untuk menarik pelanggan.\r“Tetapi, semua orang tahu anda tidak boleh makan dengan begitu banyak dan anda akan rasa kenyang dengan cepat. Kita semua bersetuju bahawa ini (pembaziran) berlaku, tetapi tiada sesiapa melakukan apa-apa mengenainya. Saya benar-benar sedih mengenai perkara ini.”\rHuybrechts bukan Muslim tetapi beliau tetap mengikuti amalan penduduk Islam untuk berpuasa pada Ramadan.\rBeliau menjadi seorang penduduk Emiriah Arab Bersatu sejak tiga tahun lalu dan mempunyai latar belakang pemasaran.\r“Saya ingin pergi jauh dengan kempen ‘Bersederhana ketika Berbuka tetapi tidak mempunyai bajet untuk melaksanakannya. Saya perlu cari penaja,” katanya lagi. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|