CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Gas Malaysia mampu raih modal RM900j

[Copy link]
Post time 10-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dana dijadikan aset kembang operasi kumpulan, jana pertumbuhan  lebih besarGAS Malaysia Sdn Bhd, pengedar dan peruncit gas asli terbesar di Malaysia, dijangka mampu meraih modal antara RM800 hingga RM900 juta menerusi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia sebelum akhir tahun ini.\rSumber berkata, sebahagian besar daripada dana diraih itu akan digunakan untuk mengembangkan operasinya serta sebagai modal kerja bagi menjana pertumbuhan yang lebih besar kepada kumpulan.\r\n\n\n\n\r  “Menerusi pengembangan perniagaan itu, ia secara tidak langsung berupaya membantu syarikat mengurangkan cabaran dalam memastikan bekalan produk gasnya kekal cekap dan terpelihara, sekali gus dapat memenuhi permintaan pelanggan persendirian, perindustrian dan komersial yang semakin meningkat,” katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, baki dana pula akan digunakan Gas Malaysia untuk membiayai hutang serta kos penyenaraian.\rTahun lalu, Gas Malaysia mencatatkan purata jualan produk gas keluarannya sebanyak 117.8 juta metrik unit thermal British (mmBtU) di Semenanjung Malaysia.\rBersandarkan kepada peningkatan penggunaan komoditi itu, penganalisis ketika dihubungi menjangkakan, purata jualan gas keluaran Gas Malaysia dijangka meningkat  10 peratus lagi kepada 129.9 mmBtU tahun ini.\r“Boleh disifatkan permintaan terhadap gas tidak  terjejas walaupun dalam persekitaran ekonomi  tidak menentu atau kemelesetan.\r\n\n\n\n\r“Ia berikutan wujudnya pelanggan  besar dalam senarai menunggu serta potensi jumlah pelanggan baru yang besar,” katanya. \rGas Malaysia, katanya, kini mempunyai 400 pelanggan industri baru dalam senarai menunggu untuk mengguna produknya.\rPenganalisis yakin, apabila disenaraikan kelak, saham Gas Malaysia mudah menarik minat pelabur institusi tempatan dan asing bersandarkan  prospek kestabilan perniagaan syarikat itu, selain turut memiliki aliran tunai positif dan margin kukuh sentiasa terpelihara.\rDalam pada itu, sumber itu berkata, penyenaraian Gas Malaysia yang disasarkan sebelum akhir tahun ini dijangka tidak menghadapi masalah, melihat kepada perkembangan positif rundingan semasa membabitkan empat pemegang saham utamanya, iaitu MMC Corp Bhd, Petronas Gas Bhd, Shapadu Group dan Tokyo Gas-Mitsui & Co. \rKini, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan bakinya pula dipegang oleh Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings.\r“Secara prinsipnya mereka (keempat-empat pemegang saham Gas Malaysia) sudah bersetuju dengan rancangan penyenaraian itu, namun ada beberapa isu, termasuk isu pengurusan serta aspek teknikal kewangan lain yang perlu persetujuan bersama.\r“Bagaimanapun, ia dijangka tidak memberikan masalah besar dan semua pemegang saham Gas Malaysia akan memuktamadkan rundingan itu selepas cuti perayaan ini (termasuk memperoleh kelulusan pada peringkat Lembaga Pengarah MMC), sebelum boleh meneruskan rancangan akhir untuk mendapatkan kelulusan rasmi daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk penyenaraian akhir tahun ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.328825 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list